KUALA LUMPUR: MIC akan mengadakan pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027 bermula 27 April hingga 7 Julai ini, kata Presidennya Tan Sri S A Vigneswaran.
Beliau berkata proses itu akan bermula dengan proses penamaan calon bagi ketua-ketua Pemuda MIC, Wanita MIC, Putera MIC dan Puteri MIC peringkat bahagian pada 27 April ini, diikuti pemilihan pada 4 dan 5 Mei.
"Penamaan calon bagi Putera MIC dan Puteri MIC peringkat pusat pula akan diadakan pada 8 Jun diikuti pemilihan pada 15 Jun.
"Sementara itu bagi penamaan calon ketua bahagian pula akan diadakan pada 10, 11 dan 12 Mei, diiikuti pemilihan pada 17, 18 dan 19 Mei," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) di ibu pejabat MIC di sini hari ini.
Beliau berkata untuk penamaan calon bagi jawatankuasa tertinggi parti peringkat pusat dan negeri pula, ia akan diadakan serentak pada 22 Jun ini, diikuti pemilihan pada 6 dan 7 Julai dengan semua pemilihan itu dilakukan dalam tempoh empat jam.
Vigneswaran turut memberikan jaminan pemilihan Jawatankuasa Parti bagi penggal ini akan diadakan secara lebih tersusun bagi mengelak sebarang kesulitan.
Pada masa yang sama beliau turut menyuarakan hasratnya untuk mengekalkan Datuk Seri M Saravanan sebagai Timbalan Presiden parti itu selagi beliau masih berkhimat untuk MIC.
Terdahulu pada 26 Mac lepas, Vigneswaran mempertahankan jawatannya selaku Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu bagi penggal 2024-2027 tanpa bertanding buat kali ketiga berturut-turut pada pemilihan parti.
Sementara itu mengulas tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu beliau berkata MIC akan menyokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding dalam PRK itu.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei depan susulan kematian penyandang kerusi itu Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon diadakan pada 27 April manakala hari mengundi awal 7 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran (tengah) ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) di ibu pejabat parti itu, hari ini. - Foto Bernama
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Pemilihan MIC mulai 27 April ini - Vigneswaran
MIC akan mengadakan pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027 bermula 27 April hingga 7 Julai ini, kata Presidennya Tan Sri S A Vigneswaran.
Vigneswaran pertahan jawatan Presiden MIC tanpa bertanding
Tan Sri S. A. Vigneswaran mempertahankan jawatannya selaku Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu bagi penggal 2021-2024 tanpa bertanding pada pemilihan parti kali ini.
Saingan satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden MIC
Anggota Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan bakal bersaing dengan bekas Pengerusi MIC Perak Tan Sri M. Ramasamy dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden parti 20 Okt ini.