[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
POLITICS

Pemilihan PKR 2018/21: Spekulasi berakhir, Rafizi sah cabar Azmin

Firdaus Azil 05/08/2018 | 10:41 MYT
Jawatan Timbalan Presiden PKR ini bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara Mohamed Azmin (kanan) dengan Rafizi Ramli. -Gambar fail
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sah mempertahankan jawatan dalam Pemilihan PKR penggal 2018/21, justeru menamatkan spekulasi jawatan yang akan ditandingi beliau kali ini.
Penyandang Timbalan Presiden PKR itu menyerahkan borang pencalonan beliau melalui wakilnya, calon Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hilman Idham dan calon ahli Majlis Pimpinan Pusat Amirudin Shari pada jam 4.45 petang.
Jawatan Timbalan Presiden PKR ini bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara Mohamed Azmin dengan seorang lagi calon iaitu Rafizi Ramli.
Naib Presiden PKR itu sah bertanding jawatan kedua penting dalam parti itu apabila wakilnya menghantar borang pencalonan kira-kira 11.30 pagi ini.
#Azmin Ali #borang pencalonan #pemilihan PKR #PKR #Rafizi Ramli #Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan #timbalan presiden