awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR 2025: Nurul Izzah jauh mendahului, Rafizi masih hadiri kongres

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/05/2025
12:44 MYT
Pemilihan PKR 2025: Nurul Izzah jauh mendahului, Rafizi masih hadiri kongres
Calon bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar dilihat selesa mendahului Datuk Seri Rafizi Ramli, setakat keputusan tidak rasmi pada jam 8.30 malam. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Calon bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilihat selesa mendahului Datuk Seri Rafizi Ramli, setakat keputusan tidak rasmi pada jam 8.30 malam.

Ringkasan AI
  • Keputusan tidak rasmi menunjukkan Nurul Izzah Anwar mendahului Rafizi Ramli dengan kelebihan sekitar 3,000 undi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.
  • Rafizi didakwa sudah mengalah, namun menafikan dakwaan meletak jawatan dan berikrar pertahan jawatan selepas mendapat jaminan daripada Presiden parti.
  • Calon Naib Presiden yang dilihat mendahului termasuk Datuk Seri Aminudin Harun, Chang Lih Kang, Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Ramanan Ramakrishnan.

Mengikut keputusan yang dikongsi oleh perwakilan, kiraan tidak rasmi memperlihatkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendahului dengan sekitar 3,000 undi.
Namun seperti media laporkan sebelum ini, keputusan rasmi bagi seluruh pertandingan hanya akan diketahui seawal 9 malam, dan selewat-lewatnya pagi Sabtu.
Khabar angin mengenai kekalahan Rafizi juga semakin bertiup kencang selepas Pegawai Khasnya, Syukri Razab berkongsikan di laman media sosialnya - “Alhamdulillah. Kalah dah. Begitulah ceritanya”.
Dalam siri Jelajah Hiruknya sebelum ini, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi sering mengatakan beliau bertanding di atas padang yang tidak sama rata, menggambarkan bahawa ada gerakan untuk menghalang beliau terus memegang jawatan strategik itu.
Nurul Izzah dalam nukilan yang dikongsikan kurang dari 24 jam sebelum pemilihan bermula pula berkata, beliau menyahut seruan untuk bertanding selepas menerima maklumat Rafizi telah mendraf surat perletakan jawatan dan telah mengosong pejabat menteri.
Namun Rafizi dalam perkongsian balas pula menegaskan kesemua perkara itu adalah tohmahan, dan menegaskan beliau akan terus mempertahankan jawatan itu selepas menerima jaminan dari Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Sementara itu, dua calon pilihan Rafizi untuk jawatan Naib Presiden, iaitu Datuk Seri Aminudin Harun dan Chang Lih Kang dilihat tersenarai.
Dua lagi yang mendapat tempat adalah Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Ramanan Ramakrishnan.
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Nurul Izzah Anwar
#Rafizi Ramli
#Timbalan Presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan