JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan

Pemilihan PKR: Akmal Nasir gagal pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
20/04/2025
13:22 MYT
Pemilihan PKR: Akmal Nasir gagal pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru
Menerusi keputusan rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Akmal memperoleh 587 undi manakala Mohamad Taufiq memperoleh 709 undi. - Bernama
JOHOR BAHRU : Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru selepas tewas kepada pesaingnya yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Taufiq Ismail dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Johor Bahru.
Menerusi keputusan rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Akmal memperoleh 587 undi manakala Mohamad Taufiq memperoleh 709 undi.
Bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang pula dimenangi Zulkifli Abdullah selepas memperoleh 696 undi dan menewaskan Zawawi Mohd Salleh dengan 600 undi.
Gerald Tang Mun Hon pula memenangi jawatan Naib Ketua Cabang dengan 695 undi, mengatasi Abdul Hadi Mohd Gani dengan 601 undi.
Kesemua keputusan itu disahkan Pengerusi JPP, Dr. Zaliha Mustafa.
Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 1,789 ahli cabang berdaftar sebagai pengundi.
Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April manakala pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti bagi sesi 2025-2028 pula akan dilaksanakan pada 24 Mei.
Topic Berkaitan
#PKR
#Johor Bahru
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
#pemilihan PKR
#Ketua Cabang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan