awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan

Bernama
Bernama
23/12/2025
11:07 MYT
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
Ada satu kes aduan di Cameron Highlands baru-baru ini berkaitan pelanggan membeli strawberi satu kilogram tetapi hanya dapat 700 gram. - Gambar hiasan/Pexels
KUANTAN: Peniaga di destinasi pelancongan di Pahang diingatkan supaya tidak menaikkan harga barangan atau melakukan penipuan sukatan susulan peningkatan kehadiran pelancong sempena cuti persekolahan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Sim Chon Siang berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang didapati melanggar peraturan.
"Ada satu kes aduan di Cameron Highlands baru-baru ini berkaitan pelanggan membeli strawberi satu kilogram tetapi hanya dapat 700 gram.
"Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) amat mengambil berat hal ini dan kita sedang menyiasat sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Program Tinjauan Mesra Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di sini hari ini.
Sebelum ini, media turut melaporkan terdapat pelancong mendakwa menjadi mangsa penipuan timbangan oleh peniaga strawberi di Cameron Highlands.
Terdahulu, Sim melakukan pemeriksaan barangan di beberapa pasar raya di bandar raya ini sebelum mengenal pasti tiga kesalahan dilakukan dari segi sukatan.
"Saya berharap pihak KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) Pahang ambil tindakan tegas. Jika sukatan lebih saya ucap terima kasih tetapi kalau tidak cukup kita ambil tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawasan pelancongan
#tipu sukatan
#tipu pelanggan
#strawberi
#Cameron Highlands
#cuti persekolahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan