POLITICS
Pemilihan PKR: Altimet menang Ketua Cabang Ampang, tewaskan Timbalan Speaker DUN

Altimet memperoleh 1,926 undi, menewaskan dua pencabarnya, Mohd Kamri Kamaruddin, yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (1,637 undi), dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang menerima 236 undi.
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad, diumumkan sebagai pemenang jawatan Ketua Cabang Keadilan Ampang dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.
Beliau lebih mesra dengan nama Altimet memperoleh 1,926 undi, menewaskan dua pencabarnya, Mohd Kamri Kamaruddin, yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (1,637 undi), dan Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang menerima 236 undi.
Daripada 4,636 ahli yang layak mengundi, sebanyak 3,815 kertas undi telah dikeluarkan, menunjukkan tahap penyertaan yang memberangsangkan dalam pemilihan kali ini.
Kemenangan tersebut memperkukuhkan kedudukan Altimet dalam arena politik arus perdana, khususnya dalam memperjuangkan suara akar umbi di Ampang.Beliau sebelum ini mula menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat bagi DUN Lembah Jaya selepas memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Negeri Selangor 2023.
Sebagai ADUN, beliau aktif memperjuangkan pelbagai isu rakyat termasuk pembangunan komuniti, pendidikan, kesenian dan belia, sejajar dengan latar belakangnya sebagai aktivis dan bekas artis yang lantang menyuarakan kepentingan sosial. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami