[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
POLITICS

Pemilihan PKR: Aminuddin menang Ketua Cabang Port Dickson

Sinar Harian 14/04/2025 | 05:15 MYT
Aminuddin memperoleh 2,147 undi manakala Ravi, yang juga bekas Timbalan Speaker Negeri Sembilan, mendapat 1,098 undi. - Gambar fail
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Port Dickson dalam Pemilihan PKR 2025.

Naib Presiden PKR itu mencatatkan kemenangan penggal kedua selepas menewaskan bekas Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Datuk M Ravi. Aminuddin memperoleh 2,147 undi manakala Ravi, yang juga bekas Timbalan Speaker Negeri Sembilan, mendapat 1,098 undi.

Mengikut data rasmi, PKR cabang Port Dickson mempunyai seramai 3,974 ahli yang layak mengundi.

Pada pemilihan sebelumnya, Aminuddin memperoleh 1,129 undi manakala Ravi memperoleh 951 undi.

Ravi, yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung dan Timbalan Speaker telah menyandang jawatan tersebut sejak tahun 1999.

Selain itu, ADUN Seri Tanjung, G Rajasekaran yang bertanding bagi jawatan Naib Ketua Cabang Port Dickson turut mencatatkan kemenangan dengan memperoleh 2,412 undi manakala pencabarnya, Mohd Ibrahim Khan Amanulla Khan hanya memperoleh 180 undi. - Sinar Harian






#pemilihan PKR #Aminuddin Harun #Cabang Port Dickson #Negeri Sembilan