awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Fadhlina tekad perkasa wanita hadapi cabaran masa depan

Bernama
Bernama
22/05/2025
09:15 MYT
Pemilihan PKR: Fadhlina tekad perkasa wanita hadapi cabaran masa depan
Fadhlina berkata Wanita PKR terus teguh mendepani cabaran masa depan dengan memperkukuh Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK). - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek meletakkan iltizam untuk memperkukuh sayap parti itu dan meneruskan perjuangan memperkasakan penyertaan wanita dalam bidang aktivisme, politik dan kepimpinan.

Ringkasan AI
  • Fadhlina Sidek mempertahankan jawatan Ketua Wanita PKR dalam pemilihan parti bagi sesi 2025-2028, dengan iltizam memperkukuh sayap parti dan memperkasakan penyertaan wanita dalam aktivisme serta kepimpinan.
  • Pemilihan kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Fadhlina dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, yang turut mencabar beliau dalam pemilihan 2022.
  • Pelbagai inisiatif seperti Sekolah Wanita (SWAN), Program 30Wreps, dan i-Suri diperkasa untuk memberdayakan wanita, selari dengan usaha memperkukuh kepimpinan dan pendigitalan dalam pengurusan parti.

Menerusi perkongsian di Facebook, Fadhlina yang akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan PKR peringkat pusat bagi sesi 2025-2028 berkata usaha memperkukuh sayap parti perlu digerakkan melalui pendekatan proaktif dan strategi ampuh yang kalis cabaran masa depan.
"Pemilihan ini adalah tradisi pertandingan dalam keluarga parti KEADILAN. Ia adalah mengenai bagaimana kita dapat menawarkan khidmat kebaktian yang terbaik untuk parti, seluruh rakyat dan negara," katanya.
Pemilihan kali ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi merebut jawatan Ketua Wanita antara Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan dengan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.
Selain itu, Fadhlina berkata inisiatif seperti Sekolah Wanita (SWAN), Program 30 Women Representatives (30Wreps), Run-2-Win, Skuad Ihsan MADANI Wanita KEADILAN dan Bakul Makanan Wanita turut diperkasa sebagai wadah untuk memberdayakan wanita serta menyemarakkan semangat kebaktian demi kesejahteraan seluruh rakyat.
Beliau berkata Wanita PKR terus teguh mendepani cabaran masa depan dengan memperkukuh Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) selari dengan seruan pendigitan dalam pengurusan organisasi parti, serta komited meneruskan aktivisme menerusi program i-Suri demi melindungi golongan wanita khususnya suri rumah.
Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Johor Bahru bermula dengan perasmian serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita oleh Setiausaha Agung Fuziah Salleh, malam ini.
Proses pengundian akan diadakan esok melibatkan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita bermula 8 pagi hingga 5 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Fadhlina Sidek
#perkasa wanita
#Rodziah Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami