Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilaporkan 'diserang' oleh seorang individu dalam insiden ketika proses pemilihan parti di daerah Keningau, petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, difahamkan suasana pemilihan yang berlangsung di dewan masyarakat di sebuah kampung yang belum didedahkan di daerah berkenaan bertukar kecoh.

Beliau yang juga dalam jadual berkempen, bagaimanapun memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rafizi turut mendedahkan sedang membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Superintendan Lee Nyuk Kim ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pihaknya masih mendapatkan laporan lengkap mengenai insiden itu.

Nyuk Kim menambah, sebarang perkembangan kes akan dimaklumkan kepada media dari semasa ke semasa.

Lee menambah, sebarang perkembangan kes akan dimaklumkan kepada media dari semasa ke semasa.

Video dan foto insiden berkenaan kini turut tular di laman Facebook sejak jam 5 petang tadi.