[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
POLITICS

Pemilihan PKR: Melayu, Islam sebagai asas inklusif keadilan semua tanpa mengira kaum - Anwar

Astro Awani 19/07/2018 | 14:26 MYT
Islam dan Melayu sebagai asas keadilan tanpa mengira kaum dalam perjuangan PKR - Foto fail
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Islam dan Melayu sebagai asas keadilan tanpa mengira kaum dalam perjuangan PKR.
Anwar selaku calon Presiden menegaskan PKR merupakan parti yang sentiasa bergerak ke hadapan dan menghimpunkan kekuatan semua kaum dalam menerajui perubahan.
"Ini kerana dasar kita lebih menekankan keadilan tanpa mengira kaum dan agama dan proses perubahan yang harus berlaku dalam negara ke arah memartabatkan Malaysia yang lebih cemerlang," tegas Anwar ketika ditemubual melalui Skype di dalam program AI yang bersiaran 8.15 malam pada Khamis.
BACA: Budaya 'warlord' tidak boleh hidup dalam PRK!
#AI #Anwar Ibrahim #berita hari ini #Berita PKR #Islam #isu semasa #Melayu #Parti Keadilan Rakyat #pemilihan PKR #Presiden PKR #Terkini Astro AWANI