POLITICS
Pemilihan PKR: Nurul Izzah mendahului Rafizi dalam tinjauan - Penganalisis
Nurul Izzah dan Rafizi merebut jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028. - Bernama
KUALA LUMPUR: Tinjauan pada minggu kedua kempen Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR/Keadilan) menunjukkan Nurul Izzah Anwar mendahului pencabarnya Datuk Seri Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Ringkasan AI
Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata, Nurul Izzah yang ketinggalan dalam perlumbaan pemilihan ini pada minggu pertama, berjaya menguasai sentimen awam menjelang garis penamat tempoh berkempen pada Khamis.
"Cerapan kami mengenai persepsi secara umum mendapati pada minggu pertama Rafizi mendahului. Dari segi persepsi beliau (Rafizi) banyak memulakan kempen. Positif kepada beliau ialah 55 peratus berbanding Nurul Izzah yang menerima sentimen positif sebanyak 48 peratus.
“Cerapan kami pada 48 jam terdahulu, kami dapati sentimen positif kepada Nurul Izzah adalah di paras 60 peratus, manakala Rafizi 40 peratus. Nurul Izzah dapat mengejar kembali sentimen. Saya beritahu ini adalah berdasarkan pemantauan sentimen media sosial terbuka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam temu bual sama, penganalisis politik, Dr. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri pula mempertikaikan sama ada pertembungan yang berlaku bagi jawatan nombor dua PKR wajar diteruskan.
"Salah seorang akan terkorban. Adakah ini yang Keadilan mahukan? Kalau kita lihat suasana semasa, kalau dua sosok ini boleh bergabung, saya pasti Keadilan akan menjadi parti yang hebat dan kuat.
“Ketika ini seolah-olah salah seorang perlu mengalah. Adakah ini yang dikehendaki oleh Keadilan? Saya fikir Keadilan perlu fikir kembali sama ada pertandingan ini perlu diteruskan atau tidak diteruskan,” ujarnya.
Setiausaha Agung PKR Dr. Fuziah Salleh berkata pengundian bagi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita bagi sesi 2025-2028 akan diadakan pada Jumaat ini (23 Mei), bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Menurutnya, keputusan pemilihan bagi kepimpinan pusat PKR akan diketahui seawal-awalnya 2.30 petang, Sabtu ini (24 Mei).
Agenda AWANI: Pemilihan PKR 2025 | Hiruk vs Damai, Yang Mana Jadi Pilihan?
Ringkasan AI
- Nurul Izzah Mendahului Sentimen Awam: Tinjauan terkini menunjukkan Nurul Izzah Anwar berjaya mengatasi Datuk Seri Rafizi Ramli dalam sentimen positif menjelang akhir kempen.
- Pertandingan Timbalan Presiden Dipersoalkan: Penganalisis politik mencadangkan agar pertandingan antara dua tokoh utama ini dipertimbangkan semula.
- Pengundian dan Keputusan Pemilihan: Pengundian bagi kepimpinan PKR sesi 20252028 akan berlangsung pada 23 Mei, dan keputusan dijangka diumumkan seawal 24 Mei jam 2.30 petang.