awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Rafizi akui wujud masalah teknikal

Bernama
Bernama
15/05/2022
06:30 MYT
Pemilihan PKR: Rafizi akui wujud masalah teknikal
Calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mengakui, berlaku masalah teknikal di beberapa kawasan termasuk membabitkan peranti ketika proses pemilihan secara fizikal parti itu ketika ini. - Gambar fail
SEREMBAN: Calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mengakui, berlaku masalah teknikal di beberapa kawasan termasuk membabitkan peranti ketika proses pemilihan secara fizikal parti itu ketika ini.
Beliau berkata, perkara tersebut boleh menimbulkan keresahan dan kekecewaan ahli parti yang keluar mengundi tetapi tidak dapat berbuat demikian susulan masalah berkenaan.
"Yang ketara sekali kita memang ada masalah sistem seperti peranti ambil masa lama dan beberapa isu melibatkan pepijat sebab itu ada di beberapa tempat terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan kerana masalah ini.
"Saya faham sebab JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti) perlu uruskan proses pemilihan melibatkan sejuta orang dan hanya ada masa dua bulan... kita minta mereka selesaikan masalah sebelum pemilihan minggu depan di beberapa negeri (keahlian) besar seperti Selangor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini, malam tadi.
Sehubungan itu, beliau akan menulis satu surat rasmi kepada JPP meminta supaya perkara itu diselesaikan dengan segera.
Semalam, media melaporkan proses pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR di Cabang Padang Serai, Kedah terpaksa ditangguhkan selepas mendapat bantahan berikutan wujud rasa tidak puas hati selain masalah teknikal.
Dalam pada itu, Mohd Rafizi berkata, jumlah ahli parti itu yang keluar mengundi setakat ini lebih rendah berbanding pemilihan lepas tetapi perkara itu sudah dijangkakan berikutan sebahagian daripada mereka akan mengundi secara dalam talian.- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Rafizi Ramli
#masalah teknikal
#calon timbalan presiden PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan