awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR wadah persaingan sihat, tunai aspirasi rakyat - Aminuddin

Bernama
Bernama
10/05/2025
04:16 MYT
Pemilihan PKR wadah persaingan sihat, tunai aspirasi rakyat - Aminuddin
Aminuddin berkata pemilihan PKR 2025 merupakan medan persaingan sihat yang perlu dilihat serta dirangkum dalam perspektif luas bagi mendepani cabaran politik tanah air. - Foto Bernama
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan sesi 2025-2028 yang akan berlangsung pada 23 Mei ini di Johor.

Ringkasan AI
  • Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti bagi sesi 2025-2028.
  • Pemilihan ini bukan sekadar pengisian jawatan tetapi peluang untuk memperkukuh asas perjuangan parti, menyemarakkan semangat reformasi, serta merapatkan barisan kepimpinan dalam menghadapi cabaran politik dan Pilihan Raya Umum akan datang.
  • Pemilihan kepimpinan pusat akan dijalankan melalui dua kaedah iaitu secara fizikal di beberapa lokasi utama di Johor, Sabah, dan Sarawak, manakala pengundian dalam talian akan dilakukan serentak melalui aplikasi ADIL bagi perwakilan biasa dan tambahan.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan itu berkata pemilihan PKR 2025 merupakan medan persaingan sihat yang perlu dilihat serta dirangkum dalam perspektif luas bagi mendepani cabaran politik tanah air dan memenuhi harapan rakyat.
"Kepimpinan yang dipilih perlu komited untuk terus menjadi jambatan antara akar umbi dan pimpinan tertinggi parti, memperkukuh struktur organisasi serta memacu agenda reformasi yang menjadi tunjang perjuangan Keadilan.
"Saya yakin dan percaya bahawa Pemilihan Keadilan 2025 bukan sekadar soal pengisian jawatan, sebaliknya peluang untuk memperkukuh asas perjuangan parti, menyemarakkan semangat reformasi dan merapatkan pasukan bagi menghadapi cabaran mendatang, termasuk Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.
Aminuddin yang juga Ketua Cabang Port Dickson turut berharap agar seluruh ahli parti terus bersatu, menjunjung prinsip keadilan dan memilih kepimpinan yang mampu membawa suara rakyat dengan amanah dan berintegriti.
Pemilihan kepimpinan pusat akan dijalankan menerusi dua kaedah, iaitu secara pengundian fizikal oleh perwakilan Kongres Pusat, Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Wanita Keadilan Pusat, masing-masing di Berjaya Waterfront Hotel dan Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru.
Bagi Sabah dan Sarawak, pengundian fizikal akan dilaksanakan di International Technology and Commercial Centre (ITCC), Penampang dan Penview Convention Centre, Kuching. Sementara itu, perwakilan biasa dan perwakilan tambahan bagi Kongres Pusat, AMK Pusat dan Wanita Pusat tidak perlu hadir secara fizikal kerana pengundian akan dibuat secara dalam talian pada tarikh dan masa yang sama menerusi aplikasi ADIL.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Aminuddin Harun
#naib presiden pkr
#aspirasi rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami