KUALA LUMPUR: Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Ab Samad berkata, jumlah itu melibatkan hampir semua bahagian di seluruh negara kecuali Sabah menunjukkan dinamik perubahan politik dalaman parti tersebut.
“Satu perkara yang harus saya terangkan, perubahan daripada segi kepimpinan di peringkat bahagian, terdapat sehingga 54 muka baharu. Ini menunjukkan betapa dinamiknya bila kita mengadakan pemilihan.
“Muka baharu ini melibatkan 29 peratus daripada jumlah bahagian atau secara rambangnya, hampir 30 peratus muka baharu. Ia bukan berlaku di satu negeri sahaja tetapi berlaku secara keseluruhan.
“Kalau dilihat sekarang, Wilayah Persekutuan melibatkan enam muka baharu, Melaka (3), Kedah (5), Pulau Pinang (2), Kelantan (5), Negeri Sembilan (2), Pahang (5), Johor (10), Perak (4), Selangor (6), Perlis (3) dan Terenggau (3).
“Kalau di peringkat negeri kita buat tinjauan yang lebih mendalam, kita boleh kaji macam mana boleh ada sehingga 10 bahagian di Johor misalnya, ada muka baharu,” katanya ketika sidang akhbar keputusan Pemilihan UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini pada Ahad.
Antara muka baharu bagi ketua bahagian ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh (Jasin).
Selain itu, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya (Kangar); Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohd Nor (Pasir Mas) dan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar).
Turut terpilih, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun (Pasir Salak) dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii (Seputeh).
Pada sidang akhbar itu, Shahrir turut mengumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menang jawatan Naib Presiden.
Bagi jawatan Pengerusi Tetap UMNO pula, dimenangi oleh Tan Sri Badruddin Aminuddin manakala timbalannya, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 19 2023

Shahrir berkata, jumlah itu melibatkan hampir semua bahagian di seluruh negara kecuali Sabah menunjukkan dinamik perubahan politik dalaman parti tersebut. - Gambar fail

Jepun umum kawalan eksport peralatan cip
Jepun akan mengenakan kawalan eksport ke atas peralatan pembuatan cip dan setiap produk yang dijual kepada China memerlukan kelulusan menteri.

JDT terus gah di persada liga
Arif Aiman membuka jaringan pada minit ke-20 apabila bijak menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Sabah.

19,985 premis dan bazar Ramadan telah dipantau
Sebanyak 19 ribu 985 premis dan bazar Ramadan di seluruh negara telah dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN setakat ini. Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, daripada jumlah itu, sebanyak 316 aduan diterima berkenaan harga.

KPDN lancar jualan Rahmah Wilayah KL
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) hari ini melancarkan Program Jualan Rahmah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, inisiatif itu melibatkan 15 rakan strategik daripada pengusaha pasaraya di ibu negara melibatkan 11 Parlimen.

Penjawat awam Selangor terima satu bulan gaji
Anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan menerima bonus satu bulan gaji atau minimum RM1,000 selewat-lewatnya pada 21 April depan.

Ada pengeluar mulai libat urus dengan KPDN - Fuziah Salleh
KPDN juga sedang berunding bersama pihak pengeluar mengenai inisiatif jualan Rahmah. Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, meskipun ramai pihak industri terlibat ketika ini, namun libat urus itu memerlukan masa.

Sukan SEA: Skuad taekwondo jalani persiapan di Korea Selatan
Berbaki dua bulan menuju ke Sukan SEA Kemboja pada Mei, skuad taekwondo negara akan berkampung di Korea selama tiga minggu sebagai persiapan fasa akhir.

10 Berita Pilihan - (31 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mac 2023.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.

Pemilihan UMNO: Sik sengit, ketua bahagian hanya menang satu undi
Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 di negeri Kedah menyaksikan Sik menjadi bahagian paling sengit apabila jawatan Ketua Bahagian dimenangi dengan majoriti satu undi sahaja.

Kepimpinan baharu UMNO berdepan cabaran pulihkan imej parti - Penganalisis
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar tanggungjawab kepimpinan baharu ini adalah memulihkan keyakinan pengundi Melayu terhadap UMNO.

Anak Najib menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin, memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026, semalam.

Pemilihan UMNO: Hampir semua ketua bahagian di Perak kekal
Hampir semua Ketua UMNO Bahagian di Perak berjaya mengekalkan jawatan masing-masing pada Pemilihan UMNO yang dijalankan pada Sabtu.