KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoal gesaan supaya Pemilihan UMNO disegerakan, sedangkan sidang Parlimen yang hanya melibatkan 220 ahli ditangguhkan.
Beliau yang bersetuju bahawa pemilihan parti berkenaan tidak lagi boleh ditangguhkan, bagaimanapun, skeptikal terhadap perjalanan proses pemilihan terutama di peringkat cawangan dan bahagian parti itu.
Soalnya, bagaimana mesyuarat dan proses pemilihan di peringkat cawangan lebih selamat daripada sidang Parlimen sedangkan parti itu mempunyai lebih 21,000 cawangan dan 191 bahagian di seluruh negara.
"Dalam sistem UMNO, pemilihan mesti bermula dengan pemilihan di peringkat cawangan. Banyak cawangan keahliannya sekitar 500 orang. Di Johor ada cawangan melebihi 1,000 ahli. Manakala di Sabah cawangan terbesar dalam Bahagian Libaran ada sampai 2,700 orang ahli. Semua layak mengundi.
"Di peringkat bahagian, perwakilan antara 700 hingga 2,000 orang. Bergantung saiz ahli dan cawangan. Di Sabah, ramai perwakilan kena bergerak sehari sebelum pemilihan, dari kawasan pendalaman dan pulau-pulau.
"Jumlah perwakilan layak mengundi keseluruhannya 150,000 orang. Mereka juga akan mengundi untuk kepimpinan Pusat," katanya dalam hantaran di Facebook peribadinya.
Beliau juga menzahirkan kekhuatiran berkenaan isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan jumlah korum persidangan di peringkat cawangan dan bahagian lantaran negara masih dalam tempoh darurat.
Ahmad Shabery bagaimanapun bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan jika pemilihan dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), ia tidak menjamin UMNO semakin kuat.
"Banyak yang saya setuju dgn KJ (Khairy). Kecuali beberapa hal. Semua berasas data dan sains.
"Pemilihan UMNO tak boleh ditangguh lepas PRU15 kerana tak tahu bila PRU15 diadakan. Paling lewat tahun 2023. Takkan nak tangguh beberapa kali lagi?
"Ini data dan sains. Saya setuju. Pemilihan lepas PRU tak jamin UMNO makin kuat.
"Bukti, kalah PRU14 walaupun tak ada pemilihan sebelum itu. Ini pun data dan sains. Saya setuju," ujar beliau lagi.
BACA: Segerakan pemilihan parti, itu saja cara selesaikan kemelut dalaman UMNO - Khairy
Harits Asyraf Hasnan
Thu Apr 01 2021

Ahmad Shabery bagaimanapun bersetuju dengan pandangan Khairy Jamaluddin yang menyifatkan jika pemilihan dibuat selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, ia tidak menjamin UMNO semakin kuat. Gambar fail

Lebih 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal sejak rampasan kuasa di Myanmar
Lebih 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal dalam tempoh beberapa tahun lepas di Myanmar dengan lebih lima juta kanak-kanak sangat memerlukan bantuan kemanusiaan.

MU terpaksa lupakan khidmat Eriksen sehingga lewat April
Pemain tengah Manchester United (MU), Christian Eriksen dijangka akan berehat panjang disebabkan kecederaan buku lali, umum Kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.

Lumba Kereta | Algeria anjur perlumbaan khas buat wanita
Algeria menjadi tuan rumah edisi kedua perlumbaan kereta wanita antarabangsa. Perlumbaan itu dilangsungkan bermula 25 januari sehingga 30 Januari 2023, melibatkan jarak 1,254 kilometer.

Hubungan Sulit Trump | Panel juri baharu mula dengar keterangan saksi
Pendakwa raya yang terlibat dalam kes bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mendapatkan panel juri baharu bagi mendengar hujahan serta bukti berkenaan dakwaan Trump membuat pembayaran kepada seorang bintang filem lucah, Stormy Daniels bagi menutup mulut daripada mendedahkan hubungan seksual mereka.

Ekstradisi | Banduan Filipina dalang rompakan di Jepun
Kerajaan Jepun meminta agar kerajaan Filipina untuk mengekstradisi empat warganya yang juga banduan di negara itu. Ia selepas mereka didakwa terlibat dalam beberapa siri rompakan di Jepun yang dioperasikan dari penjara.

PNBCAP | Adaptasi iklim urban pertama di Malaysia
Think City menyasarkan sekurang-kurangnya pengurangan 1.5 darjah celsius dalam suhu di kawasan bandar dan lima hingga tujuh darjah Celsius di kawasan tanah tinggi menerusi pelaksanaan Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi Pulau Pinang (PNB-CAP). Pengarah Urusannya, Hamdan Abdul Majeed berkata sasaran tersebut dijangka dicapai dalam tempoh enam hingga lapan tahun selepas rancangan.

Perubahan Iklim | Kerajaan Persekutuan tak boleh lawan sendiri
Kerajaan Persekutuan tidak dapat melawan perubahan iklim secara sendiri. Sebaliknya, menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, usaha tersebut memerlukan penglibatan semua sektor di negara ini termasuk orang awam, sektor swasta serta kerajaan negeri.

Industri Sawit | Malaysia-Indonesia kerjasama tangkis tohmahan EU
Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menangkis tohmahan terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia dan Indonesia akan membincangkan undang-undang yang melarang penjualan minyak sawit dan komoditi lain yang dikaitkan dengan penebangan hutan.

Pengurusan Banjir | Kerajaan akan bina PPS tetap di sekolah kerap terkesan
Kerajaan akan membina dewan bagi menempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di lokasi sekolah yang sentiasa terkesan banjir. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dilaksana menerusi Smart Partnership antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak sekolah di seluruh negara.

Lantikan Nurul Izzah | Anwar terima teguran, akan beri penjelasan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya. Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Perdana Menteri berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, termasuk memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

Hishammuddin maklum terima surat digantung keahlian UMNO
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan menerima surat rasmi berhubung penggantungan keahlian UMNO selama enam tahun.

Apa 'plan', KJ? Agenda AWANI pukul 9 malam ini
Sertai parti lain? Berehat sebentar? Yang pasti langkah Khairy Jamaluddin tidak akan terhenti...

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang - Zahid
Ahmad Zahid Hamidi kekal mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung pemecatan dua ahli parti dan penggantungan empat yang lain dalam pembersihan total parti itu.

Anwar harus tanya apa nilai yang dibawa Zahid dalam kerajaan - Khairy
Khairy yakin Anwar mempunyai alasan tersendiri menerusi penubuhan Kerajaan Perpaduan, namun berharap ia tidak diberi penilaian yang salah.

Terima banyak tawaran, KJ sedang pilih 'kelab' paling sesuai
Khairy tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

Biar dipecat dari UMNO, hasrat KJ jadi PM belum terkubur
Ketika ini, Khairy masih belum putuskan sama ada kekal dalam politik atau beralih ke bidang lain.

Di mana fungsi MKT UMNO? - Bekas Ketua UMNO Alor Setar
'Pembersihan' yang dilakukan oleh UMNO telah mengecilkan lagi kekuatan dan kepercayaan orang ramai kepada parti itu.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.

KJ bakal sertai pengurusan JDT?
Hantaran terbaru Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram miliknya, memberi bayangan Khairy bakal menyertai pengurusan JDT.

'KJ pemimpin bijak, kalau berminat boleh buat permohonan' - Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia membuka ruang dan mempertimbangkan sekiranya ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai mereka.