Pemimpin yang berjiwa besar akan terus membantu Barisan Nasional (BN) walaupun tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pemimpin seperti Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah terus bekerja keras membantu rakan-rakan dalam BN untuk menang dalam PRU14 walaupun beliau tidak dicalonkan bertanding.
"Pemimpin seperti Datuk Rauf tidak bertanding, tidak marah, tidak tutup bilik gerakan. Inilah pemimpin jiwa besar, terus bantu kawan-kawan di peringkat Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri).
"Kali ini, dia tolong kawan-kawan, lain kali kawan-kawan kena tolong dia menang. Dia bekerja keras di ibu pejabat UMNO anjur majlis besar seperti pelancaran manifesto BN, dia seorang yang amat komited," kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN pada Rabu malam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Majlis Makan Malam bersama penduduk Kampung Paya Mengkuang di Masjid Tanah, di sini. Turut hadir Ab Rauf dan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga calon BN Parlimen Masjid Tanah.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan BN sentiasa memberikan layanan sama rata tanpa mengira kaum terutamanya dalam bidang pendidikan dalam usaha memajukan rakyat di negara ini.
Beliau berkata kerajaan BN amat prihatin dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada kaum Cina dengan meluluskan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu dan bantuan disalurkan kepada SJKC sedia ada.
"Saya minta kaum Cina jangan dengar cakap pembangkang bahawa kerajaan BN hanya kenakan cukai serta lakukan perkara tidak adil kepada mereka.
"Kerajaan BN dalam Manifesto BN menjelang PRU14 yang diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib (Tun Razak) pada 7 April lepas menyediakan 364 inisiatif untuk pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira kaum," kata beliau.
Pada program itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan kelulusan beberapa kemudahan untuk penduduk Kampung Paya Mengkuang termasuk alat pendingin hawa dewan masyarakat, pembinaan balai raya, taman permainan kanak-kanak, tanah perkuburan Cina dan naik taraf sistem komputer. -- Bernama
Bernama
Wed Apr 25 2018
Ahmad Zahid berkata, pemimpin seperti Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tidak bertanding, tidak marah, tidak tutup bilik gerakan. - BERNAMA/Fail
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).