Beberapa pemimpin Melayu yang berada di blok pembangkang diingatkan tidak terlampau yakin dengan kemampuan DAP untuk mendapat sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, ini kerana pengundi Melayu terutama di luar bandar dan pinggir bandar tetap menyifatkan DAP sebagai parti perkauman yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum Cina.
"DAP sehingga kini hanya mampu menguasai beberapa kawasan bandar besar yang masyarakat Cina merupakan pengundi majoriti.
"Oleh sebab itu, DAP sanggup bekerjasama dengan pemimpin Melayu daripada blok pembangkang untuk melebarkan pengaruhnya di kawasan pinggir bandar termasuk yang mempunyai pengundi Melayu.
"Orang Melayu masih ingat bagaimana ektstrimnya DAP bersabit kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Katanya, pemimpin DAP secara terbuka pernah menentang pelaksanaan syariat Islam dan mempertikaikan hak dan ketuanan orang Melayu walaupun perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan negara.
"Walaupun ada pemimpin pembangkang Melayu yang menadah ehsan DAP tetapi harapan pakatan tersebut untuk menagih undi Melayu bukan sesuatu yang mudah.
"Pemimpin pertengahan dan akar umbi DAP juga masih tidak mempercayai sejauhmana kejujuran politik bekas pemimpin UMNO yang kini beralih kepada blok pembangkang.
"Kita tidak boleh ukur kepada penyertaan bekas pemimpin UMNO dalam satu-satu majlis DAP untuk mendakwa pakatan pembangkang berupaya mendapat sokongan pengundi Melayu pada PRU akan datang," tegasnya.
Katanya lagi, penyokong Cina DAP juga meragui keikhlasan mereka sekali gus membuktikan bahawa pakatan politik pembangkang dengan DAP tidak akan mendapat sokongan pengundi Melayu.
"Kesediaan bekas pemimpin UMNO bersekongkol dengan DAP sekadar menjadi alat kepada parti rasis tersebut.
"Rakyat terutama orang Melayu sudah dapat memahami dan menyedari gerak politik DAP dan pembangkang untuk merampas Putrajaya pada PRU akan datang.
"Orang Melayu juga tidak mudah menggadaikan nasib dan masa depan mereka kepada DAP walaupun dicanangkan menjalin kerjasama dengan bekas pemimpin UMNO," jelasnya.
Menurutnya, hanya Melayu yang tidak berprinsip, tidak ada jati diri yang sanggup bersekongkol dengan DAP untuk mengemis kuasa politik.
"Barangkali mereka tidak sedar, sejarah DAP menunjukkan parti itu tidak sesekali akan tunduk dan bersedia patuh kepada sekutu politiknya sepertimana pernah terjadi dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
"PAS sendiri pernah menjadi keldai politik DAP semasa berada dalam PR sehingga akhirnya pakatan itu berkubur.
"Manakala PKR pula sekadar pelengkap atau berupa nasi tambah kepada DAP untuk menguasai beberapa negeri pada PRU sebelum ini," katanya.
Bagaimanapun Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan, UMNO tidak boleh memandang ringan terhadap kerjasama politik pembangkang yang didominasi DAP.
Beliau berkata, UMNO perlu bekerja keras meyakinkan pengundi Melayu terutama di peringkat akar umbi bahawa PRU ke-14 penentu kemana arah tuju dan masa depan orang Melayu di negara ini.
"Kita harus bangkitkan kebimbangan tersebut kerana tidak mahu UMNO kecundang pada PRU akan datang," tegasnya.
Astro Awani
Thu Dec 08 2016
Pemimpin Melayu di blok pembangkang diingatkan tidak terlampau yakin dengan kemampuan DAP untuk mendapat sokongan pengundi Melayu pada PRU akan datang.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Bharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.