KUALA LUMPUR:Dalam membentuk blok pembangkang yang lebih padu dan jitu, anak muda daripada setiap parti politik perlu duduk semeja bagi mengadakan rundingan.
Ini kerana, jelas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Muhamad Kamil Abdul Munim, anak muda bersikap lebih fleksibel dan mudah untuk dilentur berbanding pemimpin senior yang dilihat lebih sukar untuk berunding.
"Secara asasnya, kita semua harus bersetuju, kalau benar kita nak bentuk satu kekuatan yang padu dan jitu, keseluruhan blok pembangkang itu harus bersatu.
"Tetapi kalau kita sendiri bercakap atas sikap hipokrisi, ataupun lakonan politik semata-mata, dan ini merupakan satu fakta sejarah, ia berlaku dan benar benar berlaku.
“Jadi, damage has been done. Kita hendak mengubah balik ataupun nak memulihkan semula kerosakan ini mungkin mengambil sedikit masa tapi ia tidak mustahil,” jelas beliau.
Ditanya adakah mungkin sukar untuk PKR kembali bekerjasama dengan parti seperti Pejuang, contohnya, beliau berkata:
“Kita di peringkat pemuda sebenarnya lebih fleksibel. Kita lebih fluid. Kita lebih mudah untuk mengadaptasi dengan keadaan semasa.
“Ini kerana, apa yang ada dalam landskap politik negara pada ketika ini, kalau kita lihat, 20 tahun kebelakangan ini, apa yang ada di Parlimen, itulah watak-watak yang mewarnai landskap politik negara.
“Tetapi, bukanlah kesemua watak itu tidak berguna. Ada juga yang berguna. Tetapi bagaimana orang muda sendiri dapat mengimbangi watak-watak ini?” tambahnya.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemu bual menerusi program Dialog Pembangkang di Astro AWANI yang berjudul 'Grand Coalition: Percaturan baharu pembangkang dan persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15' malam tadi.
Faris Danial Razi
Tue Dec 29 2020

Muhamad Kamil berkata, anak muda bersikap lebih fleksibel dan mudah dibawa berunding. - Astro AWANI

Potong barisan untuk divaksinasi? Denda sehingga RM10,000 menanti!
Tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah.

Rasuah | Tambah baik undang-undang berkaitan rasuah
Kita bersama Prof Madya Dr. Salawati Mat Basir, Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa dan Pengajian Keselamatan UKM bagi penjelasan dan perinciannya.

Siapa di sebalik 'adiwira' Ebit Liew, eksklusif di Astro AWANI malam ini
Eksklusif bersama Ustaz Ebit Liew malam ini bakal menjawab semua persoalan anda.

AWANI Ringkas: Lagi gesaan segerakan sidang Parlimen | KPM arah LPM pantau isu soalan SPM bocor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Perak FC perkenal jersi baharu tajaan syarikat tempatan
Jersi rasmi pasukan The Bos Gaurus ditaja sebuah syarikat tempatan, Kaki Jersi Sdn. Bhd. (KJ).

543 pegawai, anggota bomba Melaka terima suntikan vaksin COVID-19
Program Imunisasi COVID -19 peringkat negeri Melaka diteruskan dengan seramai 543 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)negeri itu menerima suntikan vaksin.

COVID-19: Pakai gelang berteknologi tinggi mulai 11 Mac
Pelaksanaan peranti pengesanan tersebut termasuk dalam lima peruntukan baharu yang dimasukkan ke dalam Ordinan Darurat.

Jika tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya luah masalah di media sosial - Noor Hariri
Kerajaan digesa untuk segera mengadakan persidangan parlimen pada masa terdekat bagi mengangkat suara-suara rakyat dalam medium yang sepatutnya. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, sekiranya parlimen tidak bersidang, ahli parlimen hanya ada media sosial sebagai medan luahan suara hati rakyat.

Seri Pajam tawar rumah mampu milik, konsep mewah
Seri Pajam juga membuat promosi rumah teres dengan harga mampu milik, bermula serendah RM266,400, dengan bayaran ansuran hanya RM1,000 sebulan.

Rakyat Malaysia bebas tuduhan berkaitan dadah di Singapura
Beh disabitkan Mahkamah Tinggi dengan kesalahan membawa dadah jenis methamphetamine seberat 499.97gram dan dijatuhi hukuman mati pada awal tahun 2020.

Jika tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya luah masalah di media sosial - Noor Hariri
Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu berkata, kerajaan tidak perlu takut untuk mengadakan sidang Parlimen pada waktu terdekat.

Tidak adil rakyat tunggu menteri 'belajar' jadi menteri - Penganalisis politik
Mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik perlu segera disingkirkan dan diganti dengan individu yang lebih layak.

Perikatan Nasional bergelut 'beli'dan 'ugut' MP sebelum sidang Parlimen - Anwar Ibrahim
Perikatan Nasional terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai keyakinan selain hilang sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen, dakwa Anwar Ibrahim.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.

Langkah Larry Sng 'lemahkan' Anwar Ibrahim
Larry yang menyertai Parti Keadilan Ralyat (PKR) pada 2018 merupakan ahli politik yang cukup pengalaman.

Muhyiddin terima Akuan Bersumpah dua Ahli Parlimen pembangkang sokong PN
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau telah menerima Akuan Bersumpah (SD) dari dua Ahli Parlimen pembangkang.

2 MP PKR sah keluar parti, nyata sokongan kepada Muhyiddin
Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas.

PKR diingatkan jangan hipokrit, beli dan jual wakil rakyat budaya hina - Pemuda Amanah
Membeli dan menjual wakil rakyat merupakan budaya bobrok yang hina lagi keji

Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun individu berkenaan sudah menerima vaksin bagi mengelak jangkitan baharu, ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amalkan konsep 'semak dan imbang' bila Parlimen bersidang, bukan 'semak dan samun' - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, sekiranya sidang Parlimen dipenuhi perkelahian sesama ahlinya, maka masalah COVID-19 dan ekonomi negara tidak selesai.