Pemimpin Wirawati Warisan Sepanggar keluar parti, dakwa 9 cawangan ditutup

Bernama
Jun 21, 2020 23:52 MYT
Raisa bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu, 21 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Seorang pemimpin sayap wanita Parti Warisan Sabah (Warisan) Cabang Sepanggar mendakwa lebih 600 ahli di cabang itu keluar parti bersama-sama beliau pada Ahad.
Ketua Wirawati Warisan Sepanggar Raisa Abd Ghaffur juga mendakwa keputusan itu menyebabkan sembilan daripada 81 cawangan di cabang berkenaan ditutup.
Bercakap kepada pemberita di sini, Raisa berkata mereka bertindak keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan cabang yang diterajui oleh Datuk Azis Jamman.
Tindakan ini diambil atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, katanya.
BACA: Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas
BACA: Tindakan James, Limus bukan demi rakyat tetapi kepentingan sendiri - Warisan
-- BERNAMA
#Azis Jamman #cawangan ditutup #hilang kepercayaan #keluar parti #Raisa Abdul Ghaffur #Sepanggar #Warisan