awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda Amanah nafi anjur himpunan bantah kuliah Hadi Awang

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2023
08:58 MYT
Pemuda Amanah nafi anjur himpunan bantah kuliah Hadi Awang
Poster palsu yang disebarkan dalam media sosial sejak Khamis. (Gambar kecil: Zamir)
KUALA TERENGGANU: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu menafikan pihaknya menganjurkan himpunan bantah kuliah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagaimana tular dalam media sosial.
Ketuanya, Zamir Ghazali berkata, penyebaran poster program yang didakwa diadakan pada jam 8.30 pagi Jumaat bertempat di persimpangan lampu isyarat Rusila, Marang itu adalah palsu dan bersifat fitnah terhadap Amanah.
“Saya hanya mengetahui perkara ini semalam (Khamis) selepas ia bertebaran dalam Facebook dan WhatsApp.
“Ini (poster program) adalah palsu, fitnah dan perkara tidak bertanggungjawab yang sengaja ditimbulkan dengan tujuan untuk menimbulkan provokasi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Terengganu akan mengambil tindakan terhadap pihak menyebarkan maklumat palsu tersebut.
“Saya sedang mengumpulkan maklumat dan akan memulakan proses laporan polis serta tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat berkongsi sebaran,” katanya yang kesal dengan fitnah tersebut.
Sebelum ini, satu poster program himpunan bantah kuliah Abdul Hadi didakwa anjuran Pemuda Amanah yang memaparkan wajah Zamir tular dalam media sosial sejak Khamis.
Poster tertera lambang Kami Pemuda Amanah itu turut mengajak rakan Pemuda Amanah, Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO dan pihak media supaya hadir ke program berkenaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#poster palsu
#himpunan bantah kuliah Presiden Pas
#Zamir Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan