awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda BN diminta ambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang

Bernama
Bernama
26/09/2015
07:45 MYT
Pemuda BN diminta ambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang
HISHAMMUDDIN: kenyataan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Chia Chow Hui memutuskan hubungan dengan Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, adalah tidak wajar dan harus dinilai semula.
Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta mengambil tindakan terhadap Pemuda MCA Pasir Gudang yang bertindak memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Himpunan Rakyat Bersatu.
Mengulas perkara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kenyataan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang, Chia Chow Hui memutuskan hubungan dengan Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, adalah tidak wajar dan harus dinilai semula.
"Saya nak ingatkan kepada mereka krisis kepimpinan MCA banyak berlaku sebelum ini dan kita dalam BN, khususnya UMNO tidak pernah menidakkan kepimpinan MCA apabila mereka berdepan kemelut yang dihadapi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana Parlimen Sembrong di Dataran Taman Desa Sejahtera, di sini hari ini.
Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong berkata Pemuda MCA Pasir Gudang perlu kembali kepada ketetapan MCA itu sendiri dan menyokong BN dan kepimpinan Pengerusinya.
Beliau juga bersetuju dengan pandangan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Pengerusi BN Johor, supaya Pemuda MCA Bahagian itu memperbetulkan haluan politiknya.
Topic Berkaitan
#Himpunan Rakyat Bersatu
#Hishammuddin Hussein
#Najib Razak
#Pasir Gudang
#Pemuda BN
#Pemuda MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan