awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu

Bernama
Bernama
08/05/2018
04:43 MYT
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Para penyokong BN sibuk menyiapkan replika helikopter berukuran 7 meter menjelang PRU14 di Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Nerus, 7 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
Kurang 36 jam sebelum hari pengundian, sekumpulan pemuda Barisan Nasional (BN) di Kampung Baru Seberang Takir di sini, gigih menyiapkan sebuah replika helikopter bagi menarik sokongan pengundi di kawasan itu.
Apa yang lebih menarik, replika helikopter sepanjang tujuh meter yang diperbuat daripada 20 batang paip polivinil klorida (pvc) dan dibalut dengan lebih 20 helai bendera BN itu, direka khas untuk dihadiahkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.
Faizal Adam, 37 tahun, yang mengetuai kerja-kerja membina replika itu berkata, ia dihasilkan khas untuk menteri besar (MB) sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN dan replika ini akan dipamerkan di hadapan rumah MB.
Beliau ditemui Bernama di Markas BN Kampung Baru, Seberang Takir, malam tadi.
Selain helikopter, beliau bersama tujuh rakannya turut membentuk replika penyu BN dan sotong gergasi setinggi empat meter sempena musim candat sotong di negeri itu yang berlangsung pada setiap Mac hingga Ogos setiap tahun.
"Kampung kami adalah perkampungan nelayan... kami buat replika sotong dan penyu, juga daripada bendera BN untuk melambangkan identiti kampung ini. Setiap replika mengambil masa antara dua hingga tiga hari untuk disiapkan," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu mendapati penyokong-penyokong parti masih giat menjalankan kempen-kempen terakhir bagi parti masing-masing untuk meraih undi menjelang hari pengundian, esok.
Perang bendera, poster dan replika parti juga semakin banyak dipasang, bagi memeriahkan suasana pilihan raya serta menyemarakkan semangat penyokong parti masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abd Rahman
#Barisan Nasional
#bendera
#candat
#kempen
#Kuala Nerus
#Kuala Terengganu
#MalaysiaMemilih
#Menteri Besar
#nelayan
#parti
#Pemuda BN
#penyu
#PRU14
#replika helikopter
#sotong
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan