POLITIK
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
Muhamad Akmal berkata konvensyen bertajuk 'Hala Tuju UMNO: Kekal Atau Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan' itu akan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 3 Januari ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO akan menganjurkan konvensyen khas sebagai platform untuk membincang, meneliti serta membuat keputusan mengenai hala tuju parti itu khususnya berkaitan kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan pada 3 Januari depan.
Ringkasan AI
Ketua Pemuda Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, konvensyen akan berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Katanya, penganjuran konvensyen khas itu susulan kegagalan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin untuk memohon maaf seperti yang dituntut sebelum ini oleh Pemuda UMNO Selangor dalam tempoh 24 jam, sekali gus menimbulkan kekecewaan dalam kalangan akar umbi parti.
"Saya nak jemput semua akar umbi, Pemuda, Puteri mahupun siapa yang masih lagi sayangkan UMNO dan juga ahli UMNO untuk datang ke konvensyen khas Pemuda UMNO Malaysia yang bertajuk ''Hala Tuju UMNO: Kekal Atau Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan' pada 3 Januari ini. Kita akan mulakan konvensyen khas kita ini pada pukul 3 petang pada Sabtu depan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau juga mengajak semua ahli parti untuk hadir pada konvensyen berkenaan bagi menyuarakan pandangan serta isi hati mereka secara terbuka dan berani.
"Saya mengajak semua ahli yang berani dan sayangkan UMNO untuk hadir beramai-ramai bagi menyuarakan hasrat dan isi hati mengenai perjuangan parti.
"Segala pandangan yang tidak sempat disampaikan dalam konvensyen ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan diserahkan kepada Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Saya juga menjemput semua pimpinan untuk hadir dan mendengar sendiri suara akar umbi yang tidak mempunyai kepentingan kuasa tetapi masih setia kepada perjuangan UMNO," katanya.
Dalam pada itu, Dr Akmal turut merakamkan penghargaan kepada Pemuda UMNO Selangor dan UMNO Bahagian Puchong yang berani mengambil pendirian dengan memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) di kawasan itu.
Semalam, UMNO Bahagian Puchong mengumumkan secara rasmi memutuskan semua bentuk kerjasama politik dengan PH kawasan itu, berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha UMNO Bahagian Puchong, Mohamad Yusof Mohamed Yassin, dilaporkan berkata ia susulan kegagalan Bee Yin yang juga Setiausaha Publisiti DAP memohon maaf dalam tempoh 24 jam ditetapkan yang berakhir 24 Disember lalu atas kenyataannya berkait bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
Bee Yin disifatkan sebagai tidak beradab, tidak sensitif dan tidak matang kerana menghina bekas Perdana Menteri berkenaan.
Ia berikutan tindakannya memuat naik hantaran berbunyi: 'Another reason to celebrate this year end' (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) yang dipaparkan bersama pautan berita sebuah portal bertajuk 'No house arrest for Najib' (tiada tahanan rumah untuk Najib).
Ringkasan AI
- Pemuda UMNO akan anjurkan konvensyen khas pada 3 Januari di WTCKL untuk membincang hala tuju parti serta kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan selepas kegagalan Ahli Parlimen Puchong memohon maaf kepada Pemuda UMNO Selangor.
- Ketua Pemuda, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mengajak akar umbi, Pemuda, Puteri, dan ahli UMNO ke konvensyen khas bertajuk 'Hala Tuju UMNO: Kekal Atau Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan' bagi menyuarakan pandangan terbuka dan berani.
- Pemuda UMNO Selangor dan UMNO Bahagian Puchong telah putuskan hubungan dengan PH setelah Yeo Bee Yin gagal memohon maaf atas kenyataan kontroversial beliau mengenai bekas Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.