PUTRAJAYA: Pencapaian cemerlang DAP menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lepas membawa mesej penerimaan pengundi Melayu terhadap parti itu yang selama ini diselubungi persepsi negatif, kata Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming.
DAP memenangi 46 daripada 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi di empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dalam PRN yang lalu.
"DAP dulu dimomok dengan pelbagai cerita palsu tetapi rakyat kini nampak komitmen parti...ini bawa mesej positif kepada parti," kata Nga yang menyifatkan kemenangan paling manis adalah di DUN Sungai Pelek, Selangor, yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu.
Nga yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan dalam sidang media selepas Majlis Prapelancaran Anugerah Kecemerlangan Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT 2023 di sini hari ini berkata kejayaan pada PRN itu juga membuktikan kerjasama semua parti dalam Kerajaan Perpaduan berada pada landasan yang betul.
"Ini permulaan yang baik memandangkan DAP-UMNO baru jalin kerjasama selama lapan bulan...berilah masa untuk Kerajaan Perpaduan kukuh, stabil dan menuju kecemerlangan," katanya.
Kejayaan DAP menang di 19 kerusi di Pulau Pinang, Selangor (15), Negeri Sembilan (11) dan satu kerusi di Kedah, menyaksikan parti itu mencapai kemenangan 97.9 peratus pada PRN pada 12 Ogos itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Nga berkata kejayaan pada PRN itu juga membuktikan kerjasama semua parti dalam Kerajaan Perpaduan berada pada landasan yang betul. - Gambar fail/Astro AWANI
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan
KPKT mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Malaysia tawar diri Presiden Persidangan UN-Habitat bagi penggal 2026-2029
Nga berkata kementeriannya telah dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
KPKT terbuka terima cadangan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan berkaitan pencalonan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Polis rakam keterangan 11 individu berhubung nota ugutan diterima Nga Kor Ming
Antara individu yang dirakam keterangan mereka termasuk ibu bapa menteri itu serta jirannya.