Pendirian 31 Ahli Parlimen UMNO, BN diharap redakan polemik politik - PM

Astro Awani
Ogos 6, 2021 07:35 MYT
Muhyiddin berkata pendirian itu juga akan memberi ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani COVID-19. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berharap pendirian yang dibuat sejumlah 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini akan menghentikan polemik politik yang berlaku ketika ini.
Menerusi satu kenyataan media, beliau berkata pendirian itu juga akan memberi ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani COVID-19, mempercepatkan proses vaksinasi dan memulihkan ekonomi negara.
“Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pandemik ini,” katanya.
BACA: 31 Ahli Parlimen UMNO, BN terus sokong Kerajaan pimpinan Muhyiddin - Ismail Sabri
[TERKINI] Sidang Media Ahli-Ahli Parlimen UMNO
Mengulas lanjut, beliau berkata pendirian yang dibuat Ahli Parlimen BN itu dalah selaras dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada beliau semasa sesi menghadap di Istana Negara pada Rabu lalu.
Justeru, beliau merakamkan penghargaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan semua Ahli Parlimen BN yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan beliau. .
BACA: MKT UMNO tarik sokongan, mahu Muhyiddin letak jawatan sebagai PM
BACA: Segerakan usul di Dewan Rakyat, sebelum semakin ramai menjadi 'katak' - Ahmad Zahid
“Saya juga mengucapkan terima kasih di atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen pada bulan September dalam usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain,” ujarnya.
Pada Jumaat, seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan BN menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.
Ismail Sabri berkata, selain itu kesemua Ahli Parlimen itu bersetuju agar usul percaya dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat, September ini.
UMNO sebulat suara tarik balik sokongan terhadap kerajaan PN
#Perdana Menteri #Tan Sri Muhyiddin Yassin #Yang di-Pertuan Agong #Dewan Rakyat #letak jawatan #sokongan Muhyiddin #sokong kerajaan Perikatan Nasional #Ahli Parlimen UMNO sokong Muhyidddin #COVID-19