'Peneman waktu susah senang.. isteri saya, suri hati setia' - luah Hadi Awang

Atiqah Ismail
Mei 29, 2018 06:34 MYT
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan isterinya, Toh Puan Zainab Awang sebagai Suri Hati Setia kerana sentiasa berada saat susah dan senang. -Foto Facebook Abdul Hadi Awang
Kehebatan seorang suami itu, ialah adanya seorang isteri hebat di sisinya.
Demikian apa yang diluahkan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai isterinya, Datin Seri Zainab Awang.
“Dia (isteri) sentiasa di sisi, menemani di waktu senang dan susah. Suri hati setia,” luahnya di akaun Facebooknya hari ini.
BACA: Sentuhan tangan, Si Isteri
Status itu turut dimuat naik dengan gambar isterinya yang sedang mengenakan solekan kepada beliau bagi persediaan sesi temu bual eksklusif bersama Astro AWANI semalam.
#Abdul Hadi Awang #Atiqah Ismail #isterinya #PAS #Presiden Parti Islam Se-Malaysia #Suri hati setia #Toh Puan Zainab Awang