Pengampunan Najib: Mesyuarat Khas MKT UMNO bermula

Sinar Harian
Februari 3, 2024 04:00 MYT
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) yang dilihat hadir Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung pada pagi Sabtu. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sekali lagi menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung pada pagi Sabtu.
Mesyuarat khas kali ini diadakan susulan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Datuk Seri Ahmad Said.
Sebelum ini, media melaporkan Najib yang juga bekas Presiden UMNO itu mendapat pembebasan awal pada 23 Ogos 2028.
#MKT UMNO #Najib Razak #Zahid Hamidi #JOHARI ABDUL GHANI