awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengaruh besar bukan tiket terlepas tindakan undang-undang - PH Terengganu

Sinar Harian
Sinar Harian
25/08/2022
04:37 MYT
Pengaruh besar bukan tiket terlepas tindakan undang-undang - PH Terengganu
Raja Kamarul Bahrin berkata, apa yang berlaku turut membuktikan kewujudan era baharu dalam sejarah perundangan negara.
KUALA TERENGGANU: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan pengaruh besar yang dimiliki ahli politik bukan lagi tiket membolehkan mereka terkecuali daripada tindakan undang-undang.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, apa yang berlaku turut membuktikan kewujudan era baharu dalam sejarah perundangan negara.
"Malaysia terlalu lama terkenal sebagai negara yang banyak penjenayah terutama dalam golongan kenamaan dan pihak berkuasa tanpa berdepan hukuman. Jadi, era ini perlu berakhir.
"Suatu political will (kemahuan politik) perlu ada untuk meneruskan usaha ini dengan hasrat untuk membina semula Malaysia dari keruntuhan integriti serta amanah yang telah memusnahkan imej negara begitu lama," katanya dalam kenyataan, di sini pada Khamis.
Beliau berkata, kes yang dihadapi Najib bukan hanya perlu dijadikan contoh semata-mata namun perlu dijadikan permulaan era baharu dengan usaha berterusan memulihkan semula negara menjadi sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat.
"Jangan jadikan hukuman diterima beliau hanya contoh tunggal tanpa meneruskan usaha murni membersihkan negara dari segala rasuah dan penyelewengan.
"Kes Najib hanyalah permulaan untuk kita membersihkan negara dari segala pembaziran dan rompakan harta negara.
"Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah berjumlah RM42 juta dana SRC International. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SRC International
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Raja Kamarul Bahrin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan