POLITIK
Pengerusi PN tidak boleh dimansuhkan berdasarkan Perlembagaan - Sanusi
Muhammad Sanusi menegaskan, jawatan pengerusi gabungan berkenaan tidak boleh dimansuhkan memandangkan ia termaktub di dalam Perlembagaan Perikatan Nasional. - Gambar fail
ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, jawatan pengerusi gabungan berkenaan tidak boleh dimansuhkan memandangkan ia termaktub di dalam Perlembagaan PN.
Menurut beliau, fungsi jawatan berkenaan juga berbeza dengan Majlis Presiden yang menjadi penasihat gabungan serta mengawal dasar-dasar yang telah diputuskan.
Beliau juga menjelaskan, sebarang keputusan membabitkan struktur kepimpinan PN juga perlu melalui konsensus kesemua parti kompenen termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.
Dalam masa sama, Muhammad Sanusi menyeru agar sebarang kenyataan yang dikeluarkan perlu berlandaskan Perlembagaan PN supaya tidak mengeruhkan hubungan antara parti di dalam gabungan.
"Dalam perlembagaan PN, Perkara 7 Seksyen 7 sudah ada Majlis Presiden, Majlis Presiden ini dianggotai oleh Presiden-Presiden sebagai penasihat, (mengendali dan) mengawal dasar-dasar,
"(Manakala jawatan) Pengerusi PN adalah eksekutif yang mempengerusikan majlis tertinggi, dua benda yang berbeza, tidak boleh nak hapus satu, dua-dua (jawatan itu) ada dalam perlembagaan, tidak timbul isu itu (jika ikut Perlembagaan),
"(Keputusan) kena konsensus, tak boleh sorang-sorang, hendak buat apa-apa statement itu kena tengok dulu Perlembagaan, kalau berdasarkan Perlembagaan tiada siapa nak pertikai, penafsiran tentang perlembagaan (pula) kena bincang, runding, diperhalusi oleh ahlinya," jelas Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Program 1 Bulan 1 Sukan Peringkat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, pada Khamis.
Terdahulu, media melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dimansuhkan dan kepemimpinan gabungan itu disusun semula, susulan pertikaian dalaman yang berterusan berhubung pelantikan ketua baharu.
Menerusi sepucuk surat kepada pimpinan Pas, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), bekas Perdana Menteri itu berkata, Bersatu dan Pas bersetuju PN perlu distruktur semula melalui penubuhan dua badan baharu iaitu Majlis Presiden yang diterajui Bersatu dan Majlis Eksekutif yang dipengerusikan Pas.