KUALA LUMPUR:UMNO bersetuju dengan cadangan pembentukan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) sebagai platform membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata penubuhan majlis itu dicadangkan UMNO kerana ia penting bagi memutuskan perkara berkaitan dasar-dasar kerajaan, sekali gus mengelakkan parti itu daripada ketinggalan maklumat kerana Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berada dalam kabinet kerajaan,
"Sebenarnya cadangan Majlis Presiden ini kami (UMNO) sendiri utarakan. Saya diminta mewakili presiden dalam satu perjumpaan dengan perdana menteri dan menyuarakan cadangan ini kira-kira lebih sebulan lepas," katanya kepada Bernama di Bangunan Parlimen.
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat Majlis Tertinggi PN semalam bersetuju membentuk Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh semua ketua parti kerajaan PN.
Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Ahmad mencadangkan supaya darurat dilaksanakan di Bugaya seperti di Parlimen Batu Sapi manakala bagi PRK Gerik boleh dipertimbangkan mengikut keadaan semasa situasi COVID-19 negara.
Katanya memandangkan Gerik merupakan zon hijau, PRK boleh dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk tanpa kempen rumah ke rumah.
"UMNO telah beberapa kali melakukan perbincangan mengenai pelaksanaan PRK Gerik dengan kerajaan negeri Perak tetapi hingga kini belum ada sebarang keputusan dibuat termasuk mengenai calon," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan PRK Parlimen Gerik dan DUN Bugaya diadakan serentak pada 16 Jan 2021.
Kedua-dua kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang Allahyarham Datuk Hasbullah Osman (Barisan Nasional-Gerik) dan Allahyarham Datin Manis Muka Mohd Darah (Warisan-Bugaya).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020

Ahmad berkata penubuhan majlis itu dicadangkan UMNO kerana ia penting bagi memutuskan perkara berkaitan dasar-dasar kerajaan, sekali gus mengelakkan parti itu daripada ketinggalan maklumat. Foto: Bernama

Penyanyi lagu Ratnaku, Roy positif COVID-19
Roy sudah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatan rawatan lanjut.

Agenda AWANI: COVID-19 | Setahun dilanda pandemik, di mana Malaysia sekarang?
Apa iktibar sepanjang setahun? Di mana kita sekarang? Diskusi Nazri Kahar bersama Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr. Khor Swee Kheng dalam Agenda AWANI jam 830 malam ini di saluran 501 dan astroawani.com.
![AWANI 7:45 [25/01/2021]: Perjuangan belum berakhir | Diteruskan dengan PKPB AWANI 7:45 [25/01/2021]: Perjuangan belum berakhir | Diteruskan dengan PKPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/33214307461611579577681/1887166_18649241611611580053390_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [25/01/2021]: Perjuangan belum berakhir | Diteruskan dengan PKPB
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda. Fokus #AWANI745: - KKM jangka pelaksanaan PKP hanya empat minggu sahaja. - Anwar Ibrahim dakwa kerajaan gagal kawal COVID-19. - Bersih 2.0 cadang dana politik tidak langsung dalam bentuk subsidi untuk kurangkan rasuah. #Darurat #HapusCOVID19 #PolitikMalaysia
![[INFOGRAFIK] Setahun COVID-19 di Malaysia [INFOGRAFIK] Setahun COVID-19 di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/38080471381611579577687/1887164_8967789641611579924818_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Setahun COVID-19 di Malaysia

AWANI Ringkas: Dana awam politik | 3 cadangan Bersih 2.0
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Jan 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Jan 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/9688730311611579577710/1887162_8967789641611579825747_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Jan 2021)

Jadikan dana awam pembiayaan politik sebagai undang-undang negara
Salah seorang panelis, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berpendapat, parti politik itu sendiri perlu mengambil inisiatif dalam meyakinkan pembayar cukai untuk tujuan berkenaan. Lazimnya, jelas beliau lagi, pembayar cukai perlu mengetahui sejauh mana ketelusan parti politik menguruskan wang, supaya ia tidak disalah guna bagi tujuan korup.

China perketat langkah disinfeksi, jamin keselamatan makanan import
China mengambil langkah memperketatkan proses disinfeksi produk makanan importnya bermula dari peringkat kastam sehingga ke rak pasar raya. Walaupun virus COVID-19 yang dikesan mungkin yang sudah tidak aktif dan tidak dapat menjangkiti individu, namun ia adalah sebagai langkah keselamatan tambahan.

Politik | Polisi awam berkaitan dana politik diperlukan
Satu polisi awam yang khusus berkaitan dana pembiayaan politik diperlukan untuk mengelakkan kebergantungan kepada dana asing. Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, dana asing merupakan satu bentuk ancaman kepada negara kerana berpotensi menjejaskan integriti.

Penduduk di komuniti lama Beijing nikmati naiktaraf infrastruktur
Penduduk bandar lama Beijing di Tianqiaowan yang dibina pada tahun 1995 kini menikmati hidup yang lebih baik dengan pelbagai naik taraf infrastruktur dilakukan. Ia selaras degan usaha untuk menjadikan ia sebagai pusat pentarbiran baharu Beijing.

16 bekas ahli UMNO cabar keputusan RoS, bukan keputusan parti politik
Peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah bahawa kesemua ahli UMNO terbabit bukan mencabar keputusan dalaman parti politik itu secara langsung.

Kain rentang desak Zahid letak jawatan: UMNO Kuala Kangsar pula buat laporan polis
Ketua UMNO bahagian itu berharap agar pihak polis dapat membuat siasatan tentang dalang yang bertanggungjawab menaikkan kain rentang itu.

Jangan dibiar api kecil membakar tiang - Pemuda UMNO Perak teguh bersama Zahid
Pemuda UMNO Negeri Perak yakin dengan kekuatan yang telah dibina oleh Presiden parti dalam menegakkan layar disaat UMNO dipukul ombak.

UMNO Tanjung Malim lapor polis kain rentang desak Zahid letak jawatan
Laporan polis dibuat Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Malim, Sulong Jamil Mohamed Shariff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Slim River pada 9.43 malam tadi.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

"Ini adalah berita palsu" - Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Beliau dalam perkongsian di laman Twitter dan Instagram menafikan dakwaan berkenaan yang mengatakan beliau adalah calon PM bagi PRU ke 15.

Wanita UMNO konsisten sokong pendirian parti, fokus bantu rakyat
Pergerakan Wanita UMNO terus konsisten menyokong pendirian parti termasuk kehendak presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu fokus memberi bantuan kepada rakyat yang terkes

UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Tegasnya, ia sebenarnya signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak terkena sakit jantung seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil
Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya semalam, arahan dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed.

Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.