awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyertaan Pembangkang, NGO mampu percepat proses pemulihan - Hadi Awang

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2021
03:04 MYT
Penyertaan Pembangkang, NGO mampu percepat proses pemulihan - Hadi Awang
ABDUL HADI: Barisan Kabinet baharu perlu bersikap menerima penyertaan semua pihak bagi melibatkan diri dan memainkan peranan ketika berdepan isu kesihatan dan ekonomi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Barisan Kabinet baharu perlu bersikap menerima penyertaan semua pihak bagi melibatkan diri dan memainkan peranan ketika berdepan isu kesihatan dan ekonomi.
Jelas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia termasuk penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pihak Pembangkang yang boleh membantu mempercepat proses mencapai kejayaan keluar dari pandemik ini.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, beliau turut mengharapkan pandangan dan kritikan membina daripada semua pihak perlu didengar dan diterima dengan melakukan semak dan imbang terhadap kelemahan dan kekurangan yang berlaku.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengucapkan selamat bertugas kepada barisan Kabinet baharu yang bakal mengangkat sumpah jawatan pada Isnin.
Abdul Hadi turut mengharapkan segala tumpuan diberikan kepada aspek untuk menyelesaikan masalah asasi yang terdesak ketika ini.
Katanya, peranan mereka yang berada di barisan hadapan juga perlu diberikan perhatian lebih serius daripada sudut pengorbanan harta dan jiwa raga mereka.
Bagi Abdul Hadi, sambutan rakyat kepada usaha yang dilakukan sangat penting bagi menjana kejayaan dalam segala perancangan yang diatur termasuk usaha vaksinasi.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#barisan kabinet baharu
#pembangkang
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan