awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perdana Menteri PH pun gagal sebab kerajaan tak berpengalaman' - Saarani

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
22/06/2022
13:08 MYT
'Perdana Menteri PH pun gagal sebab kerajaan tak berpengalaman' - Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan keyakinan bahawa rakyat ketika ini sudah bijak menilai dalam menentukan kestabilan politik tanah air. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan keyakinan bahawa rakyat ketika ini sudah bijak menilai dalam menentukan kestabilan politik tanah air.
Menurutnya kestabilan sesebuah kerajaan itu datang daripada pihak yang mempunyai pengalaman lama dalam selok-belok pentadbiran negara dan negeri.
Justeru beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata pengalaman 22 bulan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini harus dijadikan iktibar semua pihak.
“Saya yakin pengundi Malaysia sekarang ini sudah cerdik, matang dan boleh membuat keputusan kerana mereka sudah ada pengalaman berada di bawah pentadbiran BN, PH dan di Perak ada Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
“Jadi, kerajaan yang kuat dan stabil ini mestilah datang daripada kerajaan yang ada pengalaman. Dia tak boleh suka-suka (tukar kerajaan).
“Sebab kita sudah ada pengalaman selama 22 bulan sebelum ini. Apabila bertukar kerajaan, kerajaan Pakatan Harapan itu tidak ada pengalaman.
“Walaupun Perdana Menterinya berpengalaman, tetapi kerajaan itu sendiri tak berpengalaman. Akhirnya Perdana Menteri yang berpengalaman pun gagal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan Veteran UMNO di Laman Sri Ridzuan dekat sini pada Rabu.
Dalam pada itu Saarani menyifatkan rakyat pada ketika ini sudah belajar daripada kesilapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) melalui keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor.
“Rakyat sudah belajar daripada kesilapan itu, dan mereka memilih kerajaan yang berpengalaman serta yang ada kekuatan di seluruh negara yang boleh membentuk sebuah kerajaan yang stabil.
“Hanya kerajaan yang stabil dan kuat sahaja yang boleh merancang masa depan rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#BN Perak
#Barisan Nasional
#MB Perak
#Saarani Mohamad
#Menteri Besar
#kestabilan
#Pakatan Harapan
#perdana menteri PH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan