POLITIK
Perdana menteri wanita pertama Romania berdepan cabaran getir kembalikan keyakinan rakyat
Viorica Dancila perlu pastikan pentadbirannya selari aspirasi parti Sosial Demokrat atau berdepan nasib sama seperti dua perdana menteri sebelumnya yang hilang jawatan dalam tempoh singkat - Gambar REUTERS
Viorica Dancila secara rasmi bergelar perdana menteri wanita pertama Romania selepas mengangkat sumpah jawatan pada Isnin.
Dancila merupakan individu ketiga yang mengepalai kepimpinan negara itu dalam tempoh setahun.
Cabaran getir menanti bekas anggota parlimen Kesatuan Eropah (EU) berusia 54 tahun ini.
Dua perdana menteri sebelumnya gagal bertahan lama kerana gagal menuruti kehendak parti pemerintah Sosial Demokrat yang mahu melakukan perubahan besar dalam sistem kehakiman negara itu.
Dancila mendapat 282 undi menyokong berbanding 136 menentang dalam sesi undian di Parlimen jauh lebih tinggi berbanding 233 undi minimum yang diperlukannya bagi memimpin kerajaan berhaluan kiri negara itu.
Wanita ini mungkin mendapat sokongan mudah di parlimen namun cabaran sebenarnya adalah untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat yang mahu gejala rasuah dalam negara bergolak itu dinoktahkan segera.
Ia ditambah tindakannya yang menyokong cadangan bagi menggubal undang-undang yang menurut EU menyukarkan lagi proses pendakwaan terhadap pelaku rasuah tahap tinggi.
Undang-undang baharu itu sekiranya diluluskan bakal menyaksikan rakaman audio dan video ketika perbicaraan diharamkan.
Selain Dancila turut mengangkat sumpah di hadapan Presiden Klaus Iohannis adalah anggota kabinet yang bakal bergandingan bersamanya.

#EU
#kabinet
#kerajaan
#Kesatuan Eropah
#menteri
#Parlimen
#Perdana Menteri
#presiden
#rakyat
#Rasuah
#Romania
#undang-undang
#video
#Viorica Dancila
#wanita