Pertikaian mahupun Perebutan kerusi tidak mustahil berlaku antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Beliau berkata hal itu jelas menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara mereka yang membuktikan wujud rasa saling tidak mempercayai antara satu sama lain.
"Kerana itulah, pakatan berkenaan memilih MoU dan bukannya perjanjian jelas yang membuktikan garis panduan dalam kerjasama mereka secara jelas.
"MoU seperti ini boleh dibuat sesiapa sahaja, malah MoU bukan sesuatu yang pasti," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis dalam sidang media di sini, pada Ahad.
Beliau berkata tindakan itu sekali gus membuktikan pakatan yang dibentuk antara mereka tidak mempunyai masa depan dan hala tuju perjuangan yang pasti.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut kemungkinan berlaku perebutan kerusi apabila PKR Selangor tidak membenarkan PPBM dan PAN bertanding di Selangor dan Pulau Pinang.
Menurut Shahidan perkara itu amat berbeza dengan pendekatan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai hala tuju yang jelas apabila membuat perjanjian berasaskan Perlembagaan.
"Rakyat wajar menyokong parti yang sudah jelas tentang hala tuju perjuangan mereka, serta harus menyedari bahawa gabungan yang diterajui pakatan pembangkang pula terdiri daripada mereka yang kecewa dalam perjuangan," katanya.
Kerajaan BN pasti akan muncul dan menonjol sebagai parti membela rakyat dengan pelbagai program dan usaha dilakukan untuk kesejahteraan rakyat, katanya.
"Bezanya buat masa ini pembangkang berjaya menguasai isu yang sedikit tetapi diletakkan di atas bahu kerajaan sehingga terlihat, pemerintahan sekarang lemah.
"Rakyat pula (ada yang) lebih memilih dan terbawa oleh emosi dan persepsi berbanding fakta sebenar," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Dec 18 2016
Menurut Shahidan jelas menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara mereka yang membuktikan wujud rasa saling tidak mempercayai antara satu sama lain. - Gambar fail
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Ops rempit besar-besaran Pulau Pinang sita 79 motosikal
Sebuah Ops rempit, pencegahan lumba haram dan samseng jalanan dijalankan besar-besaran di Pulau Pinang berjaya menyita 79 buah motosikal.
Jadual padat, usaha tarik pelaburan Asia Barat di Qatar
Misi Malaysia untuk menarik pelaburan baharu dari Asia Barat diteruskan lagi dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Mei.
12 samseng jalanan Taiping ditahan polis
Seramai 12 lelaki ditahan dan 57 buah motosikal disita dalam operasi bersepadu samseng jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth, dekat batu 5, Changkat Jering di sini pada awal pagi Ahad.
[TERKINI] Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan
Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan pada Ahad.
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
Madinah jadi saksi pertemuan keluarga dan anak
Selepas setahun tidak bertemu, seorang anak, pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah bersyukur dapat membawa sendiri ibu bapanya, yang juga jemaah haji musim 1445H/2024M untuk ziarah luar di Madinah.
Tenaga Boleh Baharu: Pulau Borneo berpotensi besar jadi pembekal
Jelas Fadillah lagi, negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh diperbaharui (RE).
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.