KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan diadakan selama tiga hari bermula 13 Januari tahun hadapan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semalam.
Beliau berkata turut ditetapkan adalah tarikh bagi diadakan Persidangan Cawangan pada 15 Okt hingga 30 Nov ini disusuli Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian pada 11 dan 12 Dis serta Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 18 Dis depan.
"Semua mesyuarat tidak diadakan pemilihan jawatan kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah bersetuju mengenai penangguhan Pemilihan Parti UMNO hingga 29 Dis 2022. Mesyuarat boleh diadakan secara bersemuka atau maya atau gabungan bersemuka dan maya mengikut situasi COVID-19 di kawasan masing-masing.
"Kehadiran mesyuarat adalah dengan korum minimum satu per empat daripada jumlah yang layak hadir atau lebih daripada satu per empat asalkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dibenarkan mengikut kawasan masing-masing," katanya.
Ahmad berkata bersempena Sambutan Jubli Intan 75 Tahun UMNO, parti itu akan mengadakan Majlis Anugerah Tokoh UMNO negeri-negeri dengan 13 veteran parti akan menerima anugerah tersebut antaranya bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff, bekas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Hussein Ahmad, bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib dan bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Sabaruddin Chik.
Dalam kenyataan sama, Ahmad turut menegaskan bahawa MT UMNO komited bersama-sama dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan berharap Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentangkan pada Isnin lepas serta inisiatif membantu rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya.
"MT UMNO juga berharap agar krisis kesihatan dan krisis ekonomi dapat diselesaikan seberapa segera agar rakyat dapat hidup dalam suasana Keluarga Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semalam. - Gambar fail
Keputusan Perancis undurkan tentera dari Niger tidak ubah pendirian AS
Keputusan Perancis untuk menarik tenteranya dari Niger tidak akan mengubah sokongan Amerika Syarikat terhadap pemulihan demokrasi. Washington terus mendesak pembebasan Presiden Bazoum dan mengembalikan kestabilan politik.
Filipina: Alihkan 'penghalang' diletak china di Laut China Selatan
Filipina melaksanakan 'operasi khas' untuk mengalihkan penghalang terapung yang dipasang China di kawasan penangkapan ikan utama di Laut China Selatan.
China tuntut Scarborough Shoal, sekat nelayan Filipina
Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Wang Wenbin, berkata Shoal dan perairan berdekatan adalah wilayah asal China, di mana Beijing memiliki kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan.
Kes demam malaria di Kelantan catat peningkatan 84%
Kes demam malaria di Negeri Kelantan melonjak 84% sejak Januari. Daerah Gua Musang mencatat jumlah kes tertinggi. JKNK menggesa masyarakat berwaspada.
Belanjawan 2024: Kerajaan diharap sedia peruntukan tangani isu kekurangan 20,000 guru – Pakar
Kerajaan diharap menyediakan peruntukan khas bagi tujuan lantikan guru secara 'one off' bagi menyelesaikan isu kekurangan 20,000 guru di negara ini.
KKM sedia hadapi ancaman penyakit X
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara.

Lego 'hentikan projek' guna botol minuman kitar semula
Plastik PET akan menyebabkan pelepasan karbon yang lebih tinggi sepanjang hayat kerana ia memerlukan peralatan baharu.

Sophia Loren jatuh bilik air, alami 'patah tulang yang serius'
Pembedahan ke atas pelakon berusia 89 tahun berjalan dengan baik dan beliau dinasihatkan berehat.

Malaysia tidak akan layan tuntutan remeh mana-mana pihak ke atas Sabah - Zambry
Sabah diiktiraf PBB dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan itu pada 16 Sept 1963.

Empat staf perubatan disyaki terima rasuah tawar kerja urus mayat
Tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 30-an hingga 50-an itu didakwa menerima suapan tersebut kira-kira RM100 hingga RM600.

AGC, UMNO bantah tiga individu cabar kelulusan dua jawatan utama UMNO tidak dipertanding
Bantahan adalah dengan alasan keputusan yang dicabar oleh ketiga-tiga pemohon tidak boleh disemak melalui semakan kehakiman kerana keputusan Menteri tersebut berkaitan keputusan parti politik.

3 ahli BN cabar keputusan dua jawatan utama UMNO tidak dipertandingkan
Ia turut menyentuh deklarasi supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingan dalam masa 30 hari dari tarikh penghakiman.

PAU2023: 'Janganlah dibunuh, ditebang pokok selepas nikmati hasilnya' - Mohamad Hasan
UMNO tiada pilihan lain tetapi untuk bangun semula dan sediakan parti yang lebih baik untuk generasi masa depan.

Bendera Sang Saka Bangsa dinaikkan, bermulanya PAU 2023
Sang Saka Bangsa dinaikkan Presiden UMNO dengan kehadiran semua kepimpinan parti.

PAU2023: Wujudkan elaun sewa rumah, teliti kadar siling sewaan - Dr Akmal
Pemuda UMNO mencadangkan agar kerajaan dapat mewujudkan elaun sewaan rumah serta mengkaji pelaksanaan harga siling bagi kadar sewaan rumah.

Pindaan perlembagaan UMNO bolehkan permohonan keahlian dibuat dalam talian - Zahid
Perhimpunan khas yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 itu akan meminda fasal membabitkan keahlian parti.

UMNO harus terima, hidup dengan kenyataan tewas dahsyat dalam PRU15 - Mohamad
UMNO juga tidak boleh berlagak seolah-olah parti itu keramat dan sangat kukuh sedangkan ditolak oleh rakyat Malaysia.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

PAU 2023: DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
Teo Nie Ching berkata, setiap sayap parti mempunyai pandangan, pendekatan dan kaedah berbeza yang perlu difahami setiap parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.