awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 ditangguhkan

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2020
09:46 MYT
Perhimpunan Agung UMNO 2020 ditangguhkan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh yang baharu akan dimaklumkan kemudian.- Gambar fail
KUALA LUMPUR:UMNO telah membuat keputusan untuk menangguhkan Perhimpunan Agungnya, sehingga selewat-lewatnya Jun 2021, ekoran penularan COVID-19 di negara ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tarikh yang baharu akan dimaklumkan kemudian.
Merujuk kepada Fasal 8.2 Perlembagaan UMNO, katanya, Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu.
Fasal 8.2 Perlembagaan ini dibaca bersama Perkara 5.4 Peraturan Persidangan menyatakan tarikh Perhimpunan Agung, tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan tempoh Persidangan Cawangan adalah ditentukan oleh Majlis Tertinggi.
"Tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2019 ialah pada 6 dan 7 Dis 2019, maka 18 bulan selepas itu ialah selewatnya pada 5 Jun 2021. Oleh itu dipersetujui bahawa tarikh Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada Mac/April 2021 dan Perhimpunan Agung 2020 pada Mei/awal Jun 2021. Tarikh yang tepat akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Penangguhan melibatkan 764 persidangan iaitu empat mesyuarat perwakilan untuk setiap 191 UMNO Bahagian di seluruh negara.
"Oleh kerana begitu banyak perhimpunan yang melibatkan puluhan ribu orang, ia berkemungkinan berupaya merebakkan wabak COVID-19.
Jawatankuasa Pengurusan UMNO telah bersetuju sebulat suara mengenai keputusan ini dan telah mendapat persetujuan secara majoriti daripada Ahli- Ahli Majlis Tertinggi UMNO melalui resolusi secara edaran.
Topic Berkaitan
#Perhimpunan Agung UMNO 2020
#Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
#tangguh
#COVID19
#Datuk Seri Ahmad Maslan
#Setiausaha Agung UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan