Tiada perubahan kedudukan kerusi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO 2015, yang bermula 8 Dis ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seperti kelaziman perhimpunan agung parti sebelum ini, kedudukan kerusi Timbalan Presiden adalah bersebelahan kerusi Presiden.
"Timbalan presiden mesti didudukkan di sebelah kanan presiden. Naib presiden satu mesti didudukkan di sebelah kanan timbalan presiden begitu juga naib-naib presiden lain," katanya kepada media Malaysia ketika mengulas mengenai kedudukan susun atur kerusi kepimpinan UMNO berikutan situasi semasa selepas menghadiri majlis penutupan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata kedudukan itu mestilah dihormati oleh semua pihak kerana ia merupakan hieraki dalam parti.
Beliau juga menegaskan UMNO sebuah parti dinamik yang mendengar pandangan pelbagai tokoh atau mereka yang pernah menjadi tokoh di dalam UMNO.
Namun, beliau melihat masalah ketidakadilan berlaku apabila keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti terhadap seseorang dalam parti, dianggap sebagai suatu penganiayaan.
"Namun, yang penting ialah kebersamaan mendukung kepimpinan. Perbezaan pendapat biarpun diraikan, akhirnya UMNO diperkukuhkan...pemimpin itu hendaklah diberi sokongan sepenuhnya," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, apabila sesuatu keputusan itu dibuat, ia perlu dihormati dan semangat itu harus ada pada kepimpinan UMNO sama ada di peringkat nasional, negeri, bahagian atau akar umbi.
Bernama
Mon Nov 30 2015
Kedudukan kerusi Muhyiddin (gambar) di Perhimpunan Agung UMNO nanti mesti dihormati oleh semua pihak kerana ia merupakan hieraki dalam parti, kata Ahmad Zahid.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Perhimpunan UMNO: Tiada perubahan kedudukan kerusi Muhyiddin, kata Zahid
Kedudukan kerusi Timbalan Presiden di Perhimpunan Agung UMNO nanti mesti dihormati oleh semua pihak kerana ia merupakan hieraki dalam parti.