awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Warisan: Jangan amalkan politik wang - Darell Leiking

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2022
09:11 MYT
Perhimpunan Warisan: Jangan amalkan politik wang - Darell Leiking
Katanya, amalan seumpama itu harus dielakkan bagi memastikan semua calon atau individu yang terpilih memiliki kriteria terbaik bergelar seorang pemimpin dalam parti.
PENAMPANG: Semua ahli Parti Warisan (Warisan) diingatkan tidak mengamalkan politik wang sepanjang Pemilihan dan Perhimpunan Agung parti itu selama dua hari mulai hari ini.
Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking berkata, amalan seumpama itu harus dielakkan bagi memastikan semua calon atau individu yang terpilih memiliki kriteria terbaik bergelar seorang pemimpin dalam parti.
"Perkara ini perlu diingatkan dari masa ke masa. Mungkin mereka terikut dengan cara parti-parti lain.
"Justeru nasihat saya jangan terlibat dengan perkara itu (politik wang). Saya percaya dalam Warisan kita bersih dan jika ada berlaku laporkan kepada kami," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri perasmian serentak Persidangan Wanita, Wira dan Wirawati Warisan di Dewan Utama Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) pada Jumaat.
Sementara itu, ditanya sama ada pemilihan dan perhimpunan agung berkenaan sebagai antara persediaan Warisan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15), Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang tidak menafikan perkara itu.
"Ketika tidak boleh menafikan perkara itu. Ia sedikit sebanyak satu persediaan untuk pilihan raya akan datang," katanya.
Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan 2021 berlangsung selama dua hari bermula Jumaat dan perasmian akan disempurnakan presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Warisan
#politik wang
#Darell Leiking
#Perhimpunan Agung Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan