awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perikatan Nasional akur bubar Parlimen, junjung titah perkenan Agong - Muhyiddin

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
10/10/2022
13:17 MYT
Perikatan Nasional akur bubar Parlimen, junjung titah perkenan Agong - Muhyiddin
Muhyiddin berkata pihaknya menghormati keputusan itu walaupun PN pernah menyuarakan agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak diadakan dalam masa terdekat. - Gambar/ Bernama
TEMERLOH: Perikatan Nasional (PN) menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini yang selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pandangan PN sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seeloknya diadakan pada tahun hadapan adalah untuk mengelakkan kemungkinan ia diadakan semasa musim banjir yang boleh menyebabkan kesulitan.
"Walau bagaimanapun, Perikatan Nasional sentiasa bersiap-siaga untuk menghadapi PRU15 yang tarikhnya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saya menyeru semua pengundi supaya keluar menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih kerajaan yang akan mentadbir negara untuk tempoh lima tahun akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan PN Pahang di Temerloh, hari ini, Muhyiddin menyatakan harapan perjalanan proses pilihan raya tidak terganggu dengan keadaan banjir yang sudah mula berlaku.
Beliau turut berkata, semua jentera pilihan raya PN akan bergerak atas nama gabungan itu dan bukan atas nama parti komponennya.
Turut hadir pada mesyuarat itu, Pengerusi PN Pahang, Saifuddin Abdullah; Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar dan Pengerusi Gerakan Pahang, Randy Yap.
Parlimen penggal ke-14 lakar warna suram lanskap politik negara - Ismail Sabri
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri pada Perutusan Khas yang disiarkan dari bangunan Perdana Putra, Putrajaya pukul 3 petang Isnin.
Dalam perutusannya, Ismail berkata beliau sudah menghadap Al-Sultan Abdullah pada tengah hari Ahad bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#PRU15
#Perikatan Nasional
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan