KUALA LUMPUR: Perjanjian Persefahaman Kerjasama yang dimeterai lima gabungan parti politik semalam bagi membentuk Kerajaan Perpaduan adalah satu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara dalam tahap terbaik dan kukuh supaya fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di Facebooknya berkata fokus ekonomi perlu diberi perhatian kerajaan segera, lebih-lebih lagi dalam persediaan negara mendepani jangkaan suasana ekonomi lembap tahun hadapan.
Ini, katanya sepertimana ramalan Bank Dunia yang menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di beberapa negara seluruh dunia akan menyebabkan tahap permintaan berkurangan, seterusnya membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023.
"Maka fokus Kerajaan Perpaduan mendepani pelbagai cabaran dalam urusan ekonomi dan kewangan negara perlu mendapat keutamaan daripada berpolitik sepanjang masa.
"Tempoh lima tahun bukanlah tempoh lama untuk memulihkan ekonomi negara. Maka, ketenangan politik dalam tempoh masa ini adalah penting agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama bekerjasama dengan kerajaan untuk membina negara yang lebih baik dan kembali disegani di mata dunia," katanya.
Semalam, lima gabungan parti politik utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.
MoU itu dimeterai Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr, yang disaksikan semua pengerusi gabungan terlibat.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata langkah kerajaan memastikan tarif elektrik tidak meningkat seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lepas adalah langkah permulaan kerajaan dalam usaha memastikan harga barangan dan perkhidmatan tempatan tidak terkesan.
Ia juga menurutnya menunjukkan komitmen kerajaan untuk lebih serius menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
"Banyak lagi usaha untuk membantu mengurangkan potensi kenaikan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan diumumkan.
"Kesemua usaha ini perlu penelitian dan fokus terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata fokus ekonomi perlu diberi perhatian kerajaan segera, lebih-lebih lagi dalam persediaan negara mendepani jangkaan suasana ekonomi lembap tahun hadapan. - Gambar fail/BERNAMA
MTL: Pendaratan ikan berkurangan, DOF pastikan bekalan stabil di seluruh negara
Jabatan Perikanan ambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kestabilan bekalan ikan di seluruh negara ekoran fasa peralihan Monsun Timur Laut.
Khaled terima kunjungan hormat CEO Thales International
Antara yang dibincangkan adalah mengenai mengembangkan keupayaan industri pertahanan tempatan selari usaha negara ke arah pertahanan berdikari.
Tanah runtuh Melawati: MB Selangor turun padang, santuni penduduk terjejas
Beliau turut menyantuni penduduk terjejas melibatkan 23 mangsa daripada tujuh keluarga yang berada di PPS di Jalan E5.
"Jabatan Imigresen harus memohon maaf kepada YB Bintulu.." - YB Kepong
YB Kepong jugak bertanyakan tentang mengapa masih belum ada tangkapan terhadap individu yang terlibat.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Tun M masuk IJN, kes saman terhadap fitnah Zahid Hamidi ditangguh
Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan pada petang semalam, kata peguam Mior Nor Haidir yang mewakili beliau.
"Tunggulah hari Jumaat, berdoalah banyak-banyak.." - Johari
Beliau juga memberitahu kini penanaman semula sawit dari pekebun kecil jauh lebih rendah iaitu 0.2 peratus berbanding standard adalah 4.0 peratus setahun.
"Boleh kerajaan kembalikan skim 100 peratus geran penuh...?" - YB Tampin
Beliau juga menyatakan hasrat mewakili masyarakat luar bandar merayu kepada kerajaan supaya dapat merealisasikan permohonan tersebut.
#AWANInews
#AWANInews
Mangsa banjir meningkat di beberapa negeri pagi ini
Di Kedah, 1,477 mangsa dari empat daerah (Baling, Kota Setar, Pendang, Pokok Sena) ditempatkan di 11 PPS berbanding 1,285 orang malam tadi.
AWANI Pagi: Pupuk Perpaduan Melalui Kartun Gen-Z
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Shamsaimun Ezil, Kartunis yang juga Penyelaras Festival Kartun Gen-Z dan Shaq Koyok, Artis Orang Asal berkongsi mengenai pengisian menarik mengenai Festival Kartun Gen-Z yang diadakan pada hujung minggu ini bukan sahaja untuk menyokong anak muda tetapi juga menyemai soal perpaduan serta membantu komuniti orang Asli.
Fahmi kesal Pemuda PN buat laporan polis berhubung Kerajaan Perpaduan
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan tidak menghormati keputusan Majlis Raja-Raja.
Perjanjian Persefahaman Kerjasama duluan yang baik namun Parlimen perlu tetap diperkasakan
BERSIH meraikan Perjanjian Persefahaman Kerjasama sebagai duluan yang segar untuk menstabilkan politik dalam keadaan parlimen tergantung.
Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk mantapkan kestabilan politik, fokus kepada ekonomi
Ia adalah satu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara dalam tahap terbaik dan kukuh supaya fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan.