awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkenalkan elemen antilompat dalam pindaan Perlembagaan - Howard Lee

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2022
16:17 MYT
Perkenalkan elemen antilompat dalam pindaan Perlembagaan - Howard Lee
Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Howard Lee percaya pindaan perkara Artikel 10 dan Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan sudah memadai untuk mencegah tabiat ahli Parlimen melompat parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Howard Lee percaya pindaan perkara Artikel 10 dan Perkara 49 Perlembagaan Persekutuan sudah memadai untuk mencegah tabiat ahli Parlimen melompat parti.
Tegasnya, dengan iltizam politik kedua-dua pindaan berkenaan boleh diselesaikan menerusi Sidang Khas Parlimen pada Isnin dan Selasa ini.
Jelasnya, pindaan terhadap Artikel 10 melibatkan kebebasan berpersatuan dan Perkara 49 pula mengenai takrifan ‘lompat parti’
“Jika Undang-undang Antilompat Parti diletakkan dalam Perlembagaan Persekutan menerusi pindaan Artikel 10 dan Perkara 49, ini bermakna negara tidak perlu menggubal satu lagi undang-undang khusus untuk menyekat tabiat ahli Parlimen yang melompat, sekali gus mempercepatkan usaha negara untuk menjamin kestabilan politik,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji itu.
“Jika ini dapat dilaksanakan, undang-undang ini akan terpahat dalam undang-undang tertinggi negara bukannya dalam sesebuah undang-undang lain,” tambah beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad menjelaskan bahawa adalah perlu untuk Pindaan Perkara 10 Perlembagaan dibentang di Dewan Rakyat bagi membolehkan Akta Antilompat Parti dibentang.
BACA: Pindaan Perkara 10 Perlembagaan bolehkan Akta Antilompat Parti dibentang - PM
Pembentangan akan dibuat pada Dewan Rakyat pada Isnin dan Dewan Negara pada Selasa.
Topic Berkaitan
#antilompat
#Howard Lee
#ahli Parlimen
#lompat parti
#Ketua Pemuda Pakatan Harapan
#artikel 10 perlembagaan
#Sidang khas Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan