awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan kek lapis meningkat sepanjang pilihan raya

Malissa Sahari
Malissa Sahari
08/05/2018
10:55 MYT
Permintaan kek lapis meningkat sepanjang pilihan raya
Pengusaha kek lapis Larla Ziela Cake dan Cookies, Nurfazilah Abdullah.
Pemilihan calon terbaik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) seumpama menikmati kek lapis Sarawak yang paling sedap.
Begitulah suasana yang sering kali dirasai oleh pengusaha kek lapis Larla Ziela Cake dan Cookies, Nurfazilah Abdullah, 28 tahun tiap kali pilihan raya berlangsung.
Menurut Nurfazilah, kek lapis merupakan simbol perpaduan di Sarawak, sama seperti makanan tradisi yang ada di Semenanjung dan Sabah.
Katanya, kek lapis yang ditempah kebiasannya untuk jamuan petang dan buah tangan calon-calon dan ahli-ahli politik di Sarawak untuk tetamu.
"Sebelum pilihan raya pun banyak juga yang menempah, untuk mereka minum petang, dan ada juga yang menjadikan hidangan kek lapis untuk jamuan perjumpaan seperti mesyuarat untuk," katanya.
Kek lapis Barisan Nasional yang ditempah oleh wakil rakyat untuk dihidangkan kepada tetamu.
Kek lapis Barisan Nasional yang ditempah oleh wakil rakyat untuk dihidangkan kepada tetamu.
Nurfazilah yang memulakan perniagaan sejak 2014 mengakui permintaan melebihi kemampuan.
Namun, pengusaha wanita ini tidak lokek berkongsi rezeki dengan pengusaha kek lapis yang lain.
"Sambutan sangat tinggi, kadang-kadang tak menang tangan nak buat kek lapis, dan ada juga saya agihkan kepada kawan-kawan terdekat yang menggunakan kualiti bahan yang sama seperti saya.
"Kita bahagikan la rezeki Allah ini," jelasnya.
Istimewanya, dia turut menerima permintaan khas menghasilkan kek lapisan menggunakan warna Barisan Nasional, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, PBB.
Namun, disebalik apa yang telah dicapai ibu kepada dua anak ini, Nurfazillah berhajat untuk memiliki kiosk sendiri kelak.
Kek lapis parti politik yang ditempah oleh calon untuk dihidangkan kepada tetamu.
Kek lapis parti politik yang ditempah oleh calon untuk dihidangkan kepada tetamu.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kek lapis
#Larla Ziela Cake & Cookies
#Malaysia Memilih
#Nurfazilah Abdullah
#PBB
#Sabah
#Semenanjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan