KULIM: 'The grand coalition' atau permuafakatan besar yang membentuk Kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) serta beberapa parti komponen lain harus dipertahan dan dikekalkan.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama antara gabungan parti politik yang terlibat harus dikekalkan untuk tempoh yang lebih lama berbanding lima tahun demi mencapai Malaysia yang gemilang.
"InsyaAllah kerjasama ini bukan lima tahun, bukan 10 tahun, bukan 15 tahun, atas keikhlasan kita akan bekerjasama dalam satu pasukan sebagai 'the grand coalition'.
"Antara parti-parti yang bergabung untuk membentuk sebuah negara yang lebih gemilang dan saya amat yakin jika trend ini dapat kita pertahankan, jika penyatuan dan perpaduan ini dapat kita teruskan, insyaAllah Malaysia akan lebih gemilang," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikan ketika berucap pada program Ceramah Mega Ayuh Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai di sini malam tadi.
Menurut Ahmad Zahid, beliau yakin menerusi pentadbiran Kerajaan Perpaduan, ekonomi negara akan menjadi lebih baik sekali gus mampu mengatasi masalah kos sara hidup rakyat selain memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk datang ke negara ini.
Sementara itu, beliau berkata sekiranya usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen nanti dapat diluluskan, maka Kerajaan Perpaduan yang didukung oleh semua kaum akan menjadi kerajaan yang paling mantap dalam sejarah politik negara.
"Politik baharu bukan politik perkauman, politik baharu bukan politik agama, politik baharu di Malaysia perlukan landskap baharu dengan semua bangsa, semua agama, semua keturunan, semua budaya bangsa bersatu sebagai rakyat Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyeru pengundi di Padang Serai supaya memilih calon PH Dr Mohamad Sofee Razak pada hari pengundian Rabu ini bagi memastikan wakil rakyat di kawasan itu 'sealiran' dengan kerajaan pusat.
Turut hadir pada program itu Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha PH merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika hadir membantu kempen bagi Calon PH Parlimen Padang Serai Dr Sofee Razak. - Foto BERNAMA

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

BN belum tentukan kerjasama dengan siapa hadapi PRN - Mohamad Hasan
Barisan Nasional (BN) belum membuat keputusan mengenai kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.

PM Anwar gembira 'kembali' ke Wisma MCA sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini 'kembali' ke Wisma MCA selepas lebih 25 tahun, bagi merayakan sambutan Tahun Baharu Cina bersama MCA.

PRN: PH belum bincang secara rasmi dengan BN, UMNO - Rafizi
PKR belum mengadakan rundingan secara rasmi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Cabar keputusan PRU15: BN akan fail petisyen di Parlimen Marang, Kemaman, Kuala Terengganu
Semua petisyen pilihan raya berkenaan pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan PN pada PRU15.

Isu Kg Sungai Baru: Layan sebagai pemilik sah bukan setinggan
Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan berharap agar ada penyelesaian seadilnya untuk pemilik tanah dan pembangunan Kampung Sungai Baru.

BN sahkan hantar petisyen di beberapa kerusi, cabar keputusan PRU15
Barisan Nasional ada asas kenapa memfailkan petisyen berkenaan, kata Setiausaha Agungnya, Zambry Abdul Kadir.

Wanita UMNO terus perjuang kuota 30 peratus calon wanita dalam enam PRN
Pencapaian tertinggi setakat ini adalah pada PRN Johor pada tahun lalu, iaitu sebanyak 25 peratus.

Kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan beri nilai tambah landskap politik
Kekuatan BN jika dicampur dengan kekuatan PH akan membuahkan satu formula yang baharu untuk negara ini dan rakyat Malaysia.

Kerjasama PH-BN hadapi PRN Selangor diharap dapat diputuskan hujung bulan ini - MB
Amirudin berkata beliau telah berjumpa secara tidak formal dengan beberapa pihak dalam BN bagi membincangkan perkara tersebut.

Politik Sabah: Semua pihak perlu lakukan 'ceasefire' - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak melakukan 'ceasefire' sehingga rundingan dapat dilakukan dalam kemelut politik yang berlaku di Sabah.