awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpaduan elemen penting kekalkan keharmonian - Pairin

Bernama
Bernama
07/05/2017
23:18 MYT
Perpaduan elemen penting kekalkan keharmonian - Pairin
Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata perpaduan yang kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara.
Perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan keharmonian di kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia kerana tanpanya, kemerdekaan dan kedaulatan negara yang dipupuk sejak sekian lama boleh terjejas serta lenyap begitu sahaja.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata perpaduan yang kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara.
Berucap ketika merasmikan Pesta Kaamatan daerah Keningau di sini hari ini, beliau berkata negara memerlukan kesatuan yang utuh di kalangan semua golongan masyarakat tanpa mengira fahaman agama dan bangsa.
Pairin, yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun dan Murut, berkata sebarang perasaan sangsi, curiga dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan serta persengketaan yang akhirnya merugikan semua pihak.
"Mari kita renungkan perjuangan nenek moyang yang bertungkus lumus mendapatkan keamanan dan kemerdekaan. Adakah kita sebagai pewaris akan membiarkan kemakmuran negara itu runtuh begitu sahaja disebabkan perbalahan dan sengketa antara kita," tanya Pairin.
Justeru, kata Pairin, pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting demi menjamin kestabilan ekonomi dan politik di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Joseph Pairin Kitingan
#Keningau
#Ketua Menteri
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan