awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persempadanan semula untungkan Pas - Razman

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
31/03/2018
21:00 MYT
Persempadanan semula untungkan Pas - Razman
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, hasil dakyah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, pengundi Cina telah mula 'takut' dengan Pas. - Gambar fail
Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diwartakan baru-baru ini akan memberi keuntungan kepada Pas.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, hasil dakyah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, pengundi Cina telah mula 'takut' dengan Pas.
"Harap orang Melayu akan sokong PAS, dan bukan Melayu faham perjuangan Pas dan boleh bersama-sama dengan Pas memberi kesejahteraan kepada rakyat.
"Buat masa tempoh yang terdekat ini, kira kita rasa kecewalah di atas itu, jadi persempadanan semula ini InsyaAllah memberi kelebihan kepada Pas dan kita yakinlah dengan keadaan ini, kita boleh mendapat sekurang-kurangnya 30 kerusi untuk memerintah negeri Perak ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Pas Perak dan Gagasan Sejahtera di sini, malam tadi.
Hadir sama Naib Presiden Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad dan Pengerusi Berjasa Perak, Azahari Abdullah.
Razman mendakwa, setakat ini Pas Perak telah mendapat 30 peratus undi orang Melayu di negeri ini dan memerlukan antara lima hingga 10 peratus lagi untuk membolehkan mereka memenangi pilihan raya.
Beliau memberitahu, pihaknya akan bertanding di semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana 45 daripada calonnya telah dikenal pasti manakala baki 14 lagi diserahkan kepada parti di dalam Gagasan Sejahtera.
Pada PRU13, ketika berada di dalam Pakatan Rakyat, Pas Perak hanya bertanding 22 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen.
Manifesto PRU14 yang dilancarkan itu mengandungi 39 akujanji, termasuk tawaran satu lot tapak rumah kepada keluarga berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah.
Dengan tema 'Perak Sejahtera Rakyat Sejahtera', manifesto itu menggariskan lima teras utama, antaranya, meneruskan dasar negeri berkebajikan.
Razman berkata, penyediaan manifesto itu mengambil masa yang lama kerana memerlukan kajian mendalam, meliputi seluruh rakyat Perak dan berdasarkan kemampuan yang ada.
Topic Berkaitan
#Manifesto Pas
#Pas Perak
#pilihan raya umum
#PRU14
#Razman Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan