MELAKA: Kerajaan negeri menetapkan Persidangan Pertama (Khas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 akan diadakan selama empat hari, bermula 27 hingga 30 Dis ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata persidangan DUN akan berlangsung pada 9.30 pagi hingga 1 tengah hari sahaja sepanjang tempoh tersebut, sebagai mematuhi peraturan ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) serta syarat-syarat dikenakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Persidangan ini adalah Persidangan Pertama (Khas) yang telah dijadualkan setelah pembentukan Kerajaan Negeri baharu pada 20 Nov lepas.
"Antara agenda persidangan tersebut adalah pembentangan Bajet 2022 Negeri Melaka, pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker DUN serta angkat sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 8 Dis lepas memutuskan Ahli MMKN menyediakan Sasaran Kerangka Kerja (SKK) untuk portfolio masing-masing, sama seperti kakitangan awam yang perlu menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).
Katanya, SKK itu perlu mengambil kira aku janji dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
"SKK itu juga perlu mengambil kira tempoh iaitu 100 hari, satu tahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun dan lima tahun selain perancangan baharu yang mahu dilaksanakan, mengikut portfolio masing masing," katanya.
Dalam pada itu, kerajaan Negeri juga memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Kad Laporan kepada semua Ahli MMKN yang mana prestasi mereka akan dinilai berdasarkan KPI dan Kad Laporan tersebut.
Kata Sulaiman, Ahli MMKN juga diminta membentangkan pencapaian semasa SKK, KPI dan Kad Laporan bagi portfolio masing-masing pada minggu pertama setiap bulan.
"Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Pemantauan Manifesto yang akan bertanggungjawab memantau pelaksanaan aku janji dan inti pati manifesto oleh semua Ahli MMKN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021

Sulaiman berkata persidangan DUN akan berlangsung pada 9.30 pagi hingga 1 tengah hari sahaja sepanjang tempoh tersebut, sebagai mematuhi peraturan ditetapkan dalam SOP. - Gambar fail

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaikpulih runtuhan ban kanan terusan tengah, struktur alor limpah di Sungai Santap, Pelubang. Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

10 Berita Pilihan - (18 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

AWANI Ringkas: Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar budaya 'orang tengah' dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat.

Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia yang diambil daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
![[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang [TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967550/thumbnails/41447416661652886842699_640x360.jpg)
[TERKINI] Sukan SEA Hanoi | Khiew Hoe Yean tamatkan penantian emas skuad renang
Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean yang sebelum ini telah merangkul pingat perak dalam tiga acara, akhirnya membawa pulang emas selepas memenangi acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik My Dinh. Perenang yang berasal dari Kuala Lumpur itu rangkul emas dengan merekod catatan masa 1 minit 47.81 saat, sekali gus mengatasi tujuh perenang lain dan menambah koleksi pingat emas negara kepada 25.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

PRN Melaka: BN paling banyak guna retorik kaum, agama - Pusat Komas
Tinjauan Pusat Komas mendedahkan Barisan Nasional (BN) paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

PRN Melaka: Mahkamah tolak bantahan petisyen Mohamad Ali
Pada PRN Melaka 20 November lalu, kerusi DUN Sungai Udang dimenangi Dr Mohd Aleef dalam pertembungan empat penjuru.

BN tidak ikut acuan PRN Melaka sepenuhnya di Johor - Ahmad Zahid
BN yang akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menampilkan calon boleh menang, disukai dan diterima pengundi di kawasan ditandingi pada PRN Johor.