POLITIK
Persidangan UMNO Bahagian dan sayap bermula hari ini hingga 27 Julai
Ahmad Zahid menyeru seluruh ahli parti untuk menjadikan persidangan kali ini sebagai platform memperkukuhkan asas perjuangan politik dan memperbaharui komitmen terhadap parti. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Persidangan UMNO Bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 27 Julai depan, melibatkan seluruh perwakilan di peringkat Bahagian.
Ringkasan AI
Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli parti untuk menjadikan persidangan kali ini sebagai platform memperkukuhkan asas perjuangan politik dan memperbaharui komitmen terhadap parti.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau mengajak ahli UMNO menjadikan persidangan ini sebagai medan untuk memperteguh tiga pendekatan politik utama yang pernah digariskannya sebelum ini iaitu Politik Solusi, Politik Legasi dan Politik Moderasi.
“Inilah landasan perjuangan yang perlu diterjemahkan dalam setiap tindakan, keputusan dan gerak kerja kita di semua peringkat parti,” katanya.
Malah, ahli Parlimen Bagan Datuk turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO dan mengingatkan mereka supaya terus menjadi suara rakyat, memahami keresahan dan aspirasi anak muda serta kekal teguh menghadapi cabaran masa hadapan.
“Kekuatan kita bukan hanya pada warisan sejarah tetapi juga pada kesatuan hati dan kejelasan hala tuju yang kita pertahankan bersama.
“Saya percaya selagi ada keikhlasan dalam kebersamaan, dan selagi perjuangan ini digalas dengan jiwa yang bersih, UMNO akan terus mekar sebagai wadah harapan rakyat dan tiang seri kepada kestabilan serta kemajuan negara,” katanya lagi.
Sebelum ini, Persidangan UMNO Cawangan telah diadakan dari 7 April hingga 25 Mei, manakala Perhimpunan Agung UMNO pula dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 23 Ogos depan.
Ringkasan AI
- Persidangan UMNO Bahagian bermula: Persidangan UMNO Bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung dari 9 Jun hingga 27 Julai, melibatkan seluruh perwakilan di peringkat Bahagian.
- Seruan Presiden UMNO: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli parti memperkukuhkan asas perjuangan politik dan memperteguh tiga pendekatan utama: Politik Solusi, Politik Legasi dan Politik Moderasi.
- Perhimpunan Agung UMNO dijadualkan: Selepas persidangan bahagian selesai, Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan dari 20 hingga 23 Ogos, melengkapkan siri mesyuarat parti tahun ini.