Pertembungan calon dan kemunculan calon bebas dijangka warnai PRN Sabah - Penganalisis

Sivamurugan menekankan keperluan mewujudkan mekanisme pemantauan yang telus dan berkesan bagi memastikan pelaksanaan manifesto tidak sekadar menjadi retorik kempen. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Dinamika pertembungan calon dan potensi kemunculan calon bebas dijangka menjadi antara faktor penentu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung bulan ini, sekali gus memberi kesan signifikan terhadap strategi gabungan politik yang bertanding.
Ringkasan AI
- Dinamika pertembungan calon dan kemungkinan calon bebas mempengaruhi strategi politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan ini.
- Calon bebas berpotensi menjadi penentu dalam pembentukan kerajaan, mempengaruhi sokongan parti dan kiraan majoriti.
- Pemantauan pelaksanaan manifesto dan pembangunan negeri penting bagi penilaian kerajaan yang dipilih oleh pengundi Sabah.
Menurut beliau, pengalaman pilihan raya lalu membuktikan bahawa calon bebas juga tidak boleh dipandang ringan, malah ada yang berupaya muncul sebagai penentu atau king maker dalam pembentukan kerajaan.
“Sabah mempunyai tradisi politik tersendiri. Calon bebas boleh muncul dan mendapat sokongan, seperti yang pernah berlaku. Ini lumrah. Dan ini juga boleh mempengaruhi kiraan majoriti dan pembentukan kerajaan selepas PRN,” katanya.
Sementara itu, ketika mengulas pengumuman calon PKR, Sivamurugan menyifatkannya sebagai usaha memperkukuh hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, namun menegaskan keberkesanan komitmen tersebut bergantung kepada pelaksanaan pembangunan sebenar di lapangan.
“Pemberian dan komitmen sudah ada, termasuk berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tetapi persoalannya adalah pelaksanaan di peringkat negeri. Adakah pembangunan itu berjalan sepantas yang diharapkan rakyat? Ini akan menjadi penilaian penting terhadap kerajaan negeri yang dipilih kelak,” jelasnya.
Beliau turut menekankan keperluan mewujudkan mekanisme pemantauan yang telus dan berkesan bagi memastikan pelaksanaan manifesto tidak sekadar menjadi retorik kempen.
“Pengundi perlu menilai manifesto secara rasional. Pembangunan bukan hanya soal bantuan segera, tetapi melibatkan infrastruktur, ekonomi, dan masa depan negeri.
"Sabah memiliki potensi besar untuk terus menjadi penyumbang utama kepada pembangunan negara, namun ia memerlukan pentadbiran yang cekap, berakauntabiliti serta bebas ketirisan," ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


