awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertembungan tiga penjuru di PRK Jepak

Bernama
Bernama
21/10/2023
03:50 MYT
Pertembungan tiga penjuru di PRK Jepak
Iskandar (tengah) bergambar bersama Stevenson dan Lea Phing selepas proses penamaan calon bagi PRK DUN Jepak di Pusat Penamaan Calon, Dewan Suarah Bintulu hari ini. - Bernama
BINTULU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).
Calon GPS Iskandar Turkee, 54, akan dicabar calon PBK Stevenson Joseph Sumbang, 42, dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak Chieng Lea Phing, 64, dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN itu, Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey berkata pencalonan Iskandar yang merupakan bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sarawak diterima pada 9.03 pagi.
Pencalonan wakil PBK, Stevenson Joseph Sumbang, 42, diterima pada 9.09 pagi, sementara pencalonan calon Aspirasi, Chieng Lea Phing, 64, diterima pada 9.12 pagi.
Berdasarkan daftar pemilih terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DUN Jepak mempunyai 22,804 pengundi dengan 43 orang daripadanya terdiri dari pengundi awal.
Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dalam enam pilihan raya bermula 1996 dan yang terakhir pada 2021.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Jepak di sini
Topic Berkaitan
#PRK Jepak
#pertandingan tiga penjuru
#GPK
#PBK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan