POLITIK

Pertemuan PM hanya libatkan ketua parti dalam PN

Fauzi Suhaimi 26/10/2020 | 05:20 MYT
Hanya pemimpin parti politik daripada Perikatan Nasional (PN) sahaja yang hadir dalam pertemuan dengan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi. -Gambar fail
PUTRAJAYA:Hanya pemimpin parti politik daripada Perikatan Nasional (PN) sahaja yang hadir dalam pertemuan dengan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.
Astro AWANI difahamkan mereka terdiri daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan; dan Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof.
BACA: Muhyiddin jumpa ketua parti politik sebelum Mesyuarat Khas Menteri Kabinet
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun difahamkan tidak hadir dalam sesi pertemuan itu, namun beliau diwakili Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.
Perdana Menteri mengadakan perjumpaan tersebut kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Perjumpaan itu dipercayai bagi membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menolak pengisytiharan darurat semalam.
#Muhyiddin Yassin #Perikatan Nasional #Zahid Hamidi #Abdul Hadi Awang #Annuar Musa #Fadillah Yusof #Yang di-Pertuan Agong